MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

ANALISIS EPISOD RAW

SIAPA SEBENAR HADAPI 'POLITICAL TENSION'?

Bagi mereka yang berkesempatan mengikuti rancangan diskusi tajaan NTV7 malam tadi (19 Julai) mula kira-kira jam 8.40 malam tentu dapat melihat bagaimana Datuk Fuad Hassan, Kapten Najamuddin dan Datuk Ong Kiat Ting (Naib Presiden MCA) menghuraikan episod RAW yang berlaku antara 2 hingga 6 Julai 2000.

Apa yang menarik perhatian saya ialah apabila Datuk Fuad Hassan menyebut segolongan yang menghadapi political tension mempolitikkan isu episod RAW hingga menyebutkan bahawa oleh kerana perbuatan segolongan inilah maka timbul kekeliruan di kalangan masyarakat tentang kesahihan trajedi rampasan senjata.

Kita sebenarnya ingin bertanya Datuk Fuad bahawa siapakah sebenarnya yang menghadapi political tension? Pembangkang atau kerajaan? Kita semua maklumi dengan kemerosotan undian yang diterima dalam pilihanraya umum negara, termasuk pilihan raya kecil Teluk Kemang sehingga undian pos oleh anggota polis dan tentera memihak kepada BA, menyebabkan episod RAW dirancang untuk memberikan laluan kepada beberapa impak yang sedang diatur oleh pihak kerajaan dengan niat jahat terhadap saingan mereka yang kini menerima sokongan rakyat.

Kita juga ingin menyatakan bahawa sekalipun nama Islam pada PAS digugurkan, kita tidak akan memberikan undian kepada BN atau sekutunya kerana selama 42 tahun memerintah negara ini mereka telah membuktikan kepada rakyat mereka bukan berjuang untuk kepentingan rakyat, apa lagi menegakkan syariat dan hukum Allah. Mereka hanya mahu menegakkan lambang Islam atau syiar Islam.

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com