ISU “AL-MA'UNAH”: MAHATHIR SENDIRI TERPERANGKAP BERSAMA
UMNO/BN NYA!! (Bahagian 1)
LAPORAN-LAPORAN akhbar tempatan yang memuatkan
pelbagai cerita, ulasan dan kenyataan dari pihak yang terlibat dalam “Peristiwa Grik”
makin tidak mampu menyakinkan rakyat akan kebenaran kenyataan regim Mahathir.
Penafian
Dangkal
Penafian beragenda para pemimpin UMNO dan kerajaan, dan paksaan
regim ini keatas kakitangan awam supaya menyokong tuduhan terhadap Pembangkang bahawa
keganasan Al-Ma'unah merupakan ''sandiwara' yang dipentaskan oleh UMNO; telah menjangkau
ke peringkat serius.
Setelah TPM Abdullah Bedawi membuat penafian (kerana dilihat
rakyat masih tidak yakin juga); maka keesokan hari kemudiannya, Dr. Mahathir sendiri telah
membuat kenyataan terbuka (di Sarawak). Ini menunjukkan satu fakta dan petanda besar yang
memberi makna bahawa kerajaan pimpinan Dr. Mahathir sudah tidak lagi diyakini oleh rakyat.
Regim ini sudah hilang kewibawaan dan sedang mengahdapi krisis keyakinan rakyat (termasuk
dikalangan UMNO/BN) yang sangat teruk dan parah.
Sebahagian besar rakyat yang
mengikuti perkembangan politik negara, khususnya ‘Drama Sauk’ ini, rata-rata menuduh
dengan pemikiran rasional lagi waras, bahawa sikap dan karenah Dr. Mahathir dan seluruh
kepimpinan regimnya telah menunjukkan bahawa mereka sangat-sangat memerlukan satu
peristiwa dan kejadian yang membolehkan mereka meletakkan seberat-berat tuduhan kepada
Pembangkang – khususnya PAS dan KeADILan.
Mereka telah yakin sekarang bahawa
majoriti rakyat telah berpaling tadah tidak berhasarat lagi menyokong UMNO/BN. Sekaligus,
jika arus deras politik rakyat yang memihak kepada Pembangkang itu tidak disekat, pasti
UMNO/BN akan kalah teruk dan tidak lagi mampu menerajui pentadbiran negara selepas
pilihanraya ke-11 kelak. Ini membawa malapetaka kepada puak yang melakukan rasuah dan
penyelewengan perlaksanaan Dasar negara.
Mahathir:
“Bad-blood” Dengan PAS/Pembangkang BA
Keadaan dan gelombang baru politik
rakyat ini sudah cukup lama diperhatikan oleh Dr. Mahathir. Beliau yang selama ini memang
mempunyai “bad blood” terhadap PAS sejak beliau menjadi PM, telah nampak dan terbukti
bahawa taktik dan agenda beliau untuk menawan Kelantan semula telah “back-fire”. Ini
terbukti dengan bergandanya tekanan beliau menggugat kekuatan PAS di Kelantan. Kejatuhan
Trengganu dan beberapa kerusi Parlimen dan DUN negeri stategik BN telah menjadi igauan
Mahathir dan UMNO/BN.
Buktinya, dalam setiap Perhimpunan UMNO, Dr. Mahathir bukan
menghuraikan ucapan dasar; sebaliknya beliau mengutuk, memfitnah dan mencaci PAS secara
berlebihan. Dalam masa yang sama beliau akan bercakap dengan huraian yang memburukkan
ugama Islam. Ini sekaligus telah menjatuhkan kredibiliti beliau dan UMNO/BN.
Orang
Melayu dan Islam makin nampak bahawa Dr. Mahathir telah jauh menyimpang dari asas
pentadbiran Islam (seperti yang dituntut orang Melayu). Sebaliknya, beliaulah orang yang
mensekular dan merosak aqidah generasi orang Melayu akan datang. Walhal, PAS
bertungkus-lumus berusaha menegakkan syiar Islam sejajar dengan Perlembagaan negara yang
mendaulatkan Islam di negara ini.
Dari bukti-bukti yang nyata, orang Melayu tidak
dapat lagi memaafkan Mahathir dan regimnya (UMNO/BN). Senario ini sungguh-sungguh telah
menakutkan beliau (Dr. Mahathir), lebih-lebih lagi 1.6 juta pengundi muda telah membenci
UMNO/BN dan tidak akan menyokong parti itu!! UMNO sudah kehilangan dan ketandusan
“pelapis muda” dan pengundi berpotensi. Ini juga sangat merbahaya kepada UMNO dalam
menghadapi Pilihanraya ke-11.
Makin nampak sekarang, Dr. Mahathir memang berniat
jahat terhadap PAS dengan sengaja. Sekaligus Mahathir dan regimnya merancang untuk
mensekularkan Islam dengan maksud untuk menguasai minda dan politik, ugama dan amalan
budaya orang Melayu dan orang Islam. Dengan itu, beliau akan dapat terus berkuasa, mengaut
sumber harta dan kekayaan ekonomi (untuk diri beliau, anak-anak dan kroninya), mengugut
semua pihak supaya beliau diangkat mengatasi undang-undang dan melakukan semahu hati tanpa
mempeduli dan menghormati undang-undang dan Perlembagaan negara.
Mahathir
dan Batu Asas DIKTATOR
Hari ini, beliau telah meletakkan diri beliau sebagai
seorang DIKTATOR sampai mati. Hari ini juga agenda beliau itu sudah terang bagai bersuluh.
Perhimpunan UMNO yang lalu dipaksa supaya perwakilan menerima beliau dan timbalannya
menang “tanpa bertanding”. Dengan membunuh “demokrasi” dalam UMNO, maka “lulus
jarum lulus kelindan”. Mahathir dlantik dan dibiarkan menjadi seorang pemimpin
“totalitarian” yang semborono oleh UMNO!!
Tetapi kewujudan beliau sebagai
“Diktator-Totalitarian” telah mendapat bantahan keras secara diam-diam dikalangan
rakyat bawahan dari semua kaum dan lapisan masyarakat. Ini berlaku secara senyap-senyap.
Penganalisis
politik yang memuatkan rencana mereka melalui media letronik “internet dan lamanweb”
berjaya memberi rakyat “counter-analysis” sebagai usaha menerangkan kedudukan yang
sengaja disembunyikan oleh akhbar-akhbar arus perdana. Usaha itu amat berkesan hingga
analisis peristiwa Grik itu telah diyakjini rakyat sebagai ‘SANDIWARA Mahathir-UMNO”
atas tajaan regu Dr. Mahathir-Abdullah Bedawi dan kroni-kroninya. Keyakinan rakyat itu
amat memeningkan Mahathir!
Penafian para pemimpin UMNO, khususnya Mahathir dan
Abdullah Bedawi sendiri tentang “Sandiwara Sauk” makin nampak sengaja dijadikan usaha
untuk dipanjang-panjangkan kelangsungannya oleh Mahathir. Mereka nampak makin gelabah
kerana rakyat tidak ‘termakan’ dengan cerita ‘pembohongan’ sekitarnya. Ramai
rakyat menganggap peristiwa itu sebagai “Sandiwara Olo-olok”.
Ini membawa
kepada kenyataan Rais Yatim mengugut rakyat dengan berkata:
[[Sekiranya
ada pihak yang sengaja membuat tuduhan kononnya rompakan senjata dan pembunuhan tebusan
yang dilakukan kumpulan Al-Ma'unah sebagai sandiwara kerajaan, mereka "boleh didakwa
atas tuduhan menghasut. Dakwaan itu boleh dilakukan mengikut Akta Hasutan 1948”;
walaupun golongan terbabit cuba melindungi tindakan mereka dengan hujah berbau
keagamaan.]]
Kenyataan ini membayangkan bahawa regim Mahathir sah sekarang
‘desperado’.
Yang paling tidak rasional, tidak bermoral dan tidak beretika
demokratik ialah apabila Dr. Mahathir dan sekongkolnya BOLEH menuduh parti Pembangkang
terlibat dengan tuduhan dahsyat. Senaiknya, Pembangkang diugut jika dibenarkan membuat
kenyataan.
Kerana itu, rakyat mempertikaikan lakunan di Sauk itu. Mereka terus
menyakini bahawa ia benar-benar sebagai “Sandiwara UMNO”. Bermakna, Mahathir sudah
kalah “bungkus tikar-bantal” dalam menawan keyakinan rakyat!!
Kenyataan
Leftenan General Zaini Said pula yang menuduh rakyat yang tidak mempercayai kejadian Sauk
itu sebagai tidak benar; adalah “orang gila”. Kenyataan beliau menghasilkan
“countr-productive” dan sia-sia. Makin ia menunjukkan bahawa “agenda Mahathir” itu
adalah “Sandiwara Orang-orang Gila KUASA”.
Zaini Said tidak wajar mengeluarkan
sebarang kenyataan begitu kerana ini adalah urusan politik rakyat. Hak beliau tidak
mengharuskan beliau mecampuri urusan politik kerana tugas beliau dianggap sudah selesai.
Beliau harus duduk diam-diam “disarangnya”.
Bermakna Mahathir sedang berperang
saikoloji dengan rakyat. Nampaknya Mahathir kecundang!! Lebih-lebih lagi, dengan
merangkumkan agenda mengaitkan PAS atau man-mana komponen Pembangkang dan seterusnya
melakukan “tangkapan Ops Lalang” (yang diwarwarkan oleh orang tertentu dalam kerajaan)
ramai menduga bahawa ia akan jadi pilihan terakhir Mahathir. Apakah Mahathir akan
melakukan itu sekiranya rakyat masih tidak yakin dengan “Sandiwara Sauk” untuk
membabitkan PAS?
Apa reaksi rakyat?
Dari
berita terperingkat, program Ceramah Abdullah Bedawi di Pulau Pinang kepada kaum Cina
untuk menerangkan Peritiwa Grik dan cubaan beliau mengaitkan PAS; terpaksa dibatalkan
kerana kaum Cina tempatan menuntut supaya ia dibatal dan ditiadakan.
Bermakna
agenda Mahathir-Abdullah Bedawi memfitnah pemimpin Pembangkang telah dianggap sebagai
salah satu proses penganiayaan yang sia-sia. Jika dibiarkan, kaum Cina yang tidak terlibat
dengan “agenda perkauman” akan memberi senjata “percuma” kepada Mahathir dan UMNO.
Masyarakat Cina tidak mau masuk campur dalam pelbagai “Sandiwara UMNO”.
Tafsiran
masyarakat Cina itu adalah benar dan bukan fitnah (sumber maklumat dari pihak kaum Cina
tempatan yang dipaksa terlibat).
Perkembangan perubahan sikap kaum Cina itu sangat
mengecewa dan merisaukan Mahathir dan regimnya. Ia memberi makna bahawa rakyat semua kaum
tidak menghalalkan sekiranya “Ops Lalang” dilakukan. Rakyat membantah iaitu sekiranya
Dr. Mahathir (beragenda untuk mengistiharkan Dharurat dan menubuhkan kerajaan
‘MAGERAN’), agenda regim ini dianggap sebagai melakukan satu tindakan yang tidak HALAL
dari segi Perlembagaan.
Rakyat semua kaum mentafsirkan ia sengaja diada-adakan
dengan tujuan melanjutkan skima “kuasa” beliau untuk menjadi seorang Diktator.
Sample
itu pernah dilakukan oleh Marcos selama 20 tahun, dan Mobutu Sese seko di Zaire; sewaktu
pemerentah diktator-diktator itu. Akhirnya mereka dihalau oleh rakyat dan kerajaan
bertukar tangan. Rakyat kembali aman.
Beberapa pihak tahu bahawa ‘Sandiwara
Sauk’ adalah sandiwara palsu. Rakyat makin percaya ia adalah bikinan Mahathir dan
kelompok Konspiratornya tanpa diketahui oleh pihak tentera dan polis serta pegawai tinggi
perkhidmatan awam.
Amin Sapiro (BEKAS
ahli UMNO atas Pagar Berduri)
|