ISU “AL-MA'UNAH”: MAHATHIR SENDIRI TERPERANGKAP BERSAMA
UMNO/BN NYA!! (Bahagian 2)
Peristiwa Sauk:
Sandiwara “Orang Gila Kuasa”
Itu sebab apabila ‘Sandiwara Sauk’
dilaksanakan; kerana ia dilakukan tanpa satu Perancangan dan ‘Penyelarasan’ yang
mantap; maka beberapa pihak (termasuk menteri-menteri dan Ketua Polis Negara) telah
mengeluarkan kenyataan bercanggah. Ini menyebabkan rakyat merasakan ia satu
“tipu-daya” oleh pihak perancang dibelakang tabir. Dan tabir besar itu berbentang di
satu ruang rahsia di Mahligai di Putera Jaya.
Dr. Mahathir sendiri “senyap dan
membisu-kaku” semasa lakunan dipentaskan. Ini menjadikan rakyat makin yakin bahawa ia
adalah “Sandiwara Mahathir dan segelintir pemimpin UMNO”. Beberapa orang SB telah tahu
bahawa mereka mesti bergerak memnantau “public opinion”. Kerana rakyat tidak yakin,
maka Abdullah Bedawi telah menyerang rakyat. Ini diikuti oleh Mahathir dan Rais Yatim.
Akhirnya,
beberapa pihak terpaksa menyerahkan skrip yang “gagal” kepada Dr. Mahathir untuk
kendalian dan arahan beliau selanjutnya. Malangnya keyakinan rakyat terhadap
“authenticity” peristiwa itu makin merosot berlipat ganda. Sandiwara itu terbukti
“GAGAL”..!!
Sahlah sekarang bahawa peristiwa itu adalah ‘Sandiwara
Mahathir’ yang bertujuan mengaitkan PAS dan Pembangkang. Niat asal beliau untuk
melaksanakan satu ageda MEGA yang sangat aib dan berkemungkinan besar (akan merobah amalan
sistem Demokrasi negara ini) telah gagal!! Jalan keluar ialah rakyat harus diugut secara
DIKTATOR!!
Mahathir gagal memerangkap rakyat. Itu adalah pasti dalam isu ini.
Kerana ''sandiwara Mahathir'' ini dimulakan oleh beliau untuk memenuhi agenda dan menutup
pelbagai jenayah dan pengkhianatan beliau (Dr. Mahathir) dan regimnya sendiri, maka rakyat
terus-menerus menumpukan perhatian kepada perkara yang lebih penting. Ini termasuk
berpuluh-puluh laporan Polis oleh Pembangkang kerana Dr. Mahathir adalah orang yang engkar
kepada undang-undang. Mahathir tidak boeh jawab.
Rakyat makin melipatgandakan
tuntutan supaya mengeheret Dr. Mahathir ke mahkamah sebagai saksi, atas karenah beliau
melindungi penjenayah rasuah seperti yang dinyatakan oleh Datuk Shafie Yahya (dengan
kenyataan bersumpah di mahkamah tempoh hari).
Pembelaan diri DS Anwar oleh beliau
sendiri di mahkamah ‘memburaikan” kesah terpeinci KONSPIRASI POLITIK Mahathir dan
sekutunya. Rakyat makin faham sekarang bahawa Dr. Mahathir adalah seorang ‘PENJENAYAH’
yang Zalim dan beragenda busuk lagi jijik.
PETRONAS:
Rasuah Mahathir-Daim Perlu Dikesan
Beberapa kes lain yang menyebabkan rakyat
curiga telah timbul. Persoalan yang menyebabkan timbulnya kecurigaan harta sebenar
PETRONAS yang terkumpul (terlalu jauh berkurangan dari sepatutnya semenjak PETRONAS
beroperasi) menjadi isu tututan rakyat yang membayangkan bahawa Mahatir-Daim adalah
terlibat melakuan penyelewengan harta rakyat.
Telah dikesan bahawa Mahathir-Daim
telah melakukan pelbagai “bail-out” dan “rompakan” ke atas akaun dan operasi PETRONAS.
Anggaran yang disebut adalah terlalu besar, mencecah ratusan billion!!
Didengar
pula, terdapatnya beberapa kes-kes penyelewengan dan manipulasi dalam pengendalian
DANAHARTA. Ini berikutan dengan pelbagai pembayaran oleh Dr. Mahathir sebagai Menteri
Kewangan (selepas Anwar dilucutkan jawatan) kepada beberapa pengendali Projek Mega yang
bangkrup dan tersadai.
Kesemua itu dirangkumkan dibawah kategori “bail-out”.
Tetapi, pihak yang mengetahui dengan bukti-bukti di tangan menunjukkan bahawa regu
Mahathir-Daim dan kroni-kroninya telah membolot laba berjumlah ratusan billion ringgit. Ia
dilakukan dibelakang rakyat dan segala kesan jejak sedang dilupuskan!!
Jika
Mahathir-Daim tidak menjawab dengan bukti nyata, rakyat menganggap ia sesuatu yang benar.
Mahathir makin tenggelam dalam tuduhan rasuah dan penyelewengan.
Regu Dr.
Mahathir-Daim dan kroni-kroninya makin rasa terdesak sekarang. Rakyat sudah mampu menilai
siapakah yang berbohong dalam fitnah Mahathir terhadap Pembangkang.
Selama ini
rakyat hanya setakat sedar wujudnya penjenayah dan pengkhianat negara yang menyebabkan
ketengangan suasana politik dan keharmonian kaum. Tetapi kini rakyat sudah faham dan
mereka yakin siapa sebenarnya yang menyebabkan kemerosotan perkembangan aktiviti ekonomi
dan kemusnahan fabrik sosial yang makin terganggu dan meleset-merudum.
Ini
berikutan gejala budaya “Samseng dan Lucah” dikalangan muda-mudi dan kanak-kanak
sekolah. Mereka tahu bagaimana Sanusi dilindungi oleh Mahathir dalam kes “membelasah”
pekerja MAS. Rakyat juga nampak bagai Adnan Yakob melakunkan “Simbol LUCAH” di
Sanggang!! Kes rogol gadis sunti Rahim Thambi Chik masih menjadi igauan rakyat. Kesemua
mereka adalah pemimpin UMNO. Dr. Mahathir tidak membantah malah membela!! Adakah
Pembangkang yang bersalah?
Malaysia dan
Penyalahgunaan Sumber
Rakyat sudah mulai menolak hujah Dr. Mahathir menuduh
George Soros menyebabkan ekonomi merudum. Kerana rata-rata negara lain yang terbabit telah
kembali merecup menyambung kedudukan ekonomi mereka kearah “Asian Tigers” semula,
rakyat yang berpelajaran makin nampak siapa sebenarnya yang menjadi punca hambatan dan
halangan ini berlaku seterusnya. Perkara ini tersebar luas melalui pelbagai cara.
Rakyat
sudah nampak negara-negara seperti Thailand, Korea Selatan dan Indonesia telah mampu
melakukan perobahan pemerentahan secara drastik. Dengan itu, mereka telah kembali normal
dan stabil dalam waktu yang singkat. Paling kurang, negara-negara itu telah menuju ke arah
“normalcy” dan stabiliti. Tetapi Malaysia makin dihantui oleh gejala politik dan
krisis ekonomi dan sosial yang tenat.
Untuk mengabui pandangan rakyat, Dr. Mahathir
tak putus-putus menyalahkan Barat. Padahal Barat berdiam diri kerana mereka tahu bahawa
Dr. Mahathir sedang “lemas” dalam banjir yang dibuatnya sendiri. Rakyat sedang
“mengepung” beliau!
Dengan itu, jari-jari sedang menuding ke arah Dr. Mahathir
dan kroni dalam regim beliau. Orang Melayu, khasnya, dan lapisan kaum bukan Melayu
(golongan peniaga) berpendapatan rendah dan sederhana telah mulai yakin bahawa regim
Mahathir tidak lagi mempunyai kewibawaan dan imej, kemampuan dan daya untuk membetulkan
keadaan yang makin kucar kacir.
Maka timbul satu fenomena sentimen dikalangan
rakyat untuk tidak lagi memberi sokongan terhadap regim UMNO/BN.
Ini dapat dilihat
dari keputusan pilihanraya kecil Teluk Kemang. Pengundi Lukut (majoriti kaum Cina) dan
ketumbukan tentera di Teluk Kemang tidak menyokong calun BN. Fakta ini adalah satu
bayangan sebagai petanda bahawa regim Mahathir akan kecundangan dalam pilihanraya ke-11
kelak. Hakikat ini amat merisaukan Mahathir, UMNO dan BN!
Perbincangan
Parlimen Sedang Dikawal Ketat
Dr. Mahathir dan kuncu-kuncu tertentu dalam
UMNO masih lagi kekal dengan sikap mengutuk dan mengecam parti-parti Pembangkang. Padahal,
Pembangkang sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk memulihkan imej dan keadaan politik
dan ekonomi negara bagi kepentingan rakyat.
Buktinya, persidangan di Dewan Rakyat
telah menunjukkan bahawa Pembangkang telah mengusulkan supaya gejala jenayah Mahathir dan
UMNO/BN dibicangkan. Ini adalah usaha Pembangkang untuk menunjukkan kepada dunia bahawa
Demokrasi masih segar di Parlimen Malaysia, dengan itu keyakinan pelabur dapat
ditingkatkan.
Kerana Mahathir menyekat tindakan Pembangkang, apa yang berlaku
adalah sebaliknya!! Dunia tidak yakin wujudnya demokrasi dan kedaulatan undang-undang di
peringkat Parlimen.
Walaupun usul Pembangkang itu umpama “jadam” yang pahit,
tetapi Dr. Mahathir dan regimnya mengambil langkah dan tafsiran yang salah dengan
melakukan pelbagai tohmahan beragenda. Ini disebabkan Dr. Mahathir tidak mahu kebusukan
beliau dan regimnya “dibongkar dan terbongkar”.
DAN, disinilah terbitnya
“SANDIWARA SAUK” sebagai ikhtiar Dr. Mahathir menghindarkan diri sendiri dari dituntut
oleh rakyat seluruh negara (semua kaum, termasuk UMNO dan komponen BN sendiri) berura-ura
mengusulkan UNDI TAK PERCAYA kepada beliau di Parlimen.
Sebagai langkah desperado,
Dr. Mahathir telah memaksa Speaker Dewan Rakyat (Parlimen) Tun Mohd. Zahir Ismail supaya
“mengawal” tindak-tanduk Pembangkang dengan menafikan hak mereka dalam sesi Parlimen
dengan maksud mematikan usul Pembangkang (yang mewalili rakyat) supaya keserakahan,
jenayah rasuah dan kes-kes melibat beliau (Dr. Mahathir) TIDAK dibincangkan.
Bermakna
sekarang bahawa Demokrasi di negara ini telah dihapuskan oleh tangan ganas dan KUASA
Diktator Dr. Mahathir melalui regim yang disokong membuta-tuli oleh pemimpin UMNO/BN.
Kakitangan awam tingkat atas yang dikorup dan diugut supaya menurut agenda beliau.
Selain
dari rasuah wang, kenaikan pangkat dan ugutan’ Dr. Mahathir telah menggunakan
“pujukan” dengan anugerah Bintang. Leftenen General Zaini dianugerahkan Datuk Seri,
dan Megat Joned pula “Tan Sri”. (ketawa rakyat).
Ini makin dilihat oleh rakyat
sebagai sifat ‘tidak bertanggungjawab’ pegawai tinggi awam lantikan regim Mahathir
dari berfungsi dengan betul demi kesejahteraan rakyat.
Mungikin agenda Mahathir
selanjutnya akan tepat dan benar seperti yang diduga oleh rakyat bahawa beliau akan
meneruskan agenda “Dharurat” dan “MAGERAN”. Ia akan jadi jalan keluar terakhir
sebagai “workable alternative” (pada sangkaan beliau).
Fitnah
Mahathir “Back-fire”
Siri fitnah Mahathir satu demi satu sedang
dilaksanakan secara praktikal dengan tujuan memerangkap minda rakyat dengan maksud
menyakinkan rakyat bahawa apa yang beliau bakal lakukan adalah “justified” dan wajar.
Soalnya: Adakah Dr. Mahathir pasti rakyat tidak akan menentang?
Dr. Mahathir makin
curiga dan kecewa!! Beliau makin gentar melihat rakyat akan keluar beramai-ramai berdemo
diseluruh negara, menuntut beliau meletakan jawatan dan hidapkan ke muka Pengadilan
Rakyat!!
Apakah beliau akan memenjarakan semua rakyat atau membunuh tiap-tiap
orang? Memang sah Mahathir sudah GILA!
Amin
Sapiro (BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)
|