MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

ISU “AL-MA'UNAH”: MAHATHIR SENDIRI TERPERANGKAP BERSAMA UMNO/BN NYA!!
(Bahagian 3)

Kesedaran Rakyat Makin Jelas

Rakyat semakin sedar agenda regim Mahathri sengaja mengaitkan Pembangkang dengan keganasan. Pihak regim ini giat berusaha memeccah-belahkan rakyat semua kaum dengan mengadu-domba menggunakan sentimen menggugat perpaduan dan harmoni kaum. Ini sangat merbahaya.

Dr. Mahathir telah mengulang-ulang isu “PM Bukan-Melayu”. Padahal isu ini tidak pernah dipersoalkan dan tidak menjadi minatan kaum lain. Selama ini regim ini telah memperlekehkan keupayaan orang Melayu dan rakyat untuk berfikir dan membuat keputusan.

Banyak diantara projek Mega (seperti Bakun, Mahligai Mahathir Putera Jaya, pembelian Global express, pembinaan KLCC, Stadium dan SUKOM, projek PERWAJA, dasar Penswastaan Pendidikan dan Kemudahan Awam, dll) yang dibantah rakyat. Ia adalah satu pembaziran setelah gagal menjana kekuatan eknomi.

Malangnya, Mahathir mempengaruhi beberapa pihak kroni dan media massa dengan memburuk Pembangkang dan men”turnover” minda rakyat supaya membenci anggota Pembangkang.

Tanpa mengira soal imej negara, agama, bangsa dan masa depan generasi orang Melayu, Mahathir mengugut rakyat pelbagai cara. Rakyat dibelasah semasa menyuarakan bantahan melalui saluran hak asasi dan kebebasan bersuara.

Pengkhianat: Ciri-ciri Dosa Mahathir & UMNO

Regim ini telah banyak melakukan dosa-dosa dan pengkhianatan terhadap rakyat. Mereka bertanggungjawab melakukan keganasan terhadap pemimpin rakyat. Dengan membesar-besarkan kes “Al-Ma'unah” yang dijadikan “Sandiwara UMNO”, regim ini cuba menanamkan bibit-bibit kebencian terhadap Pembangkang dan agama Islam dengan bukti-bukti palsu.

Harapan mereka, rakyat bukan islam akan menuduh Pembangkang taksub dan sanggup mengganas. Malagnya harapan Mahathir meleset. UMNO kecewa!!

Selepas DS Anwar Ibrahim dipecat tas tuduhan PALSU salah laku seks dan penyalahgunaan kuasa (tidak ada bukti sah), pihak REGIM Mahathir dengan arahan Mahathir per se telah menjalankan kempen utnuk mempengaruhi rakyat agar membenci Anwar dan anggota Pembangkang.

Para pemimpin UMNO/BN yang ada kaitan dengan segala macam rasuah dan penyelewengan telah diugut dan diberi amaran oleh Mahathir – iaitu jika UMNO/BN hancur, mereka akan diheret dan dipenjarakan; harta rasuah yang mereka miliki secara jalan salah akan dirampas oleh kerajaan Barisan Alternatif.

Ini telah meningkatkan ketakutan dikalangan pemimpin UMNO/BN yang rasuah. Dalam satu mesyuarat MB-MB UMNO di Seri Perdana (Ogos 1998), beberapa orang MB dan angota MKT UMNO (yang bersimapati kepada Anwar) telah menjelaskan secara rahsia bahawa Mahathir Mohamad telah mengungut mereka.

Hasutan Makin Membosankan Rakyat

Bermakna, usaha Mahathir mempertingkatkan kewibawaan beliau secara demokratik telah bertukar kepada ugutan jijik tidak bersopan dan “non-political”. Sehingga hari ini, Mahathir tidak putus-putus dihantui oleh bayangan Anwar. Beliu terus-menerus mengutuk Anwar dan pemimpin Pembangkang tanpa henti-henti. Ini menyebabkan rakyat sudah bosan. Makin nampak Mahathir dan regimnya dalam ketakutan!

Sekarang nampaklah siapakah yang sebenarnya bersandiwara. Mahathir sentiasa memukul canang tentang dengan cuba meniupkan semangat bencikan Pembangkang bagi meraih simpati yang sudah luntur parah kepada beliau dan UMNO/BN.

Apabila Anwar disahkan oleh semua saksi bahawa fitnah ke atas beliau adalah satu KONSPIRASI, maka Dr. Mahathir yang dituntut sebagai saksi cuba memanipulasi undang-undang dengan mengugut hakim-hakim supaya beliau dikecualikan.

Walaupun “Sandiwara” ini sengaja dimainkan oleh Mahathir, tetapi itu tidak meredakan tanggapan rakyat bahawa Mahathir memang seorang “Penjenayah dan Pengkhianat” seorang pemimpin rakyat yang berbakat, telus, taat dan amanah!

Kerana itulah, dengan bukti melalui kesaksian Datuk Shafie Yahya, Mahathir menjadi kelam-kabut untuk mencari isu lain mengalih tumpuan rakyat. Dan pilihan beliau (atas sebab terdesak) ialah dengan melakunkan “Sandiwara Sauk”. Kerana kebenaran dipihak rakyat, Mahathir GAGAL lagi.

Ditinjau di ceramah-ceramah Pembangkang ataupun dalam pita yang mereka jual, terdapat banyak unsur tuntutan supaya regim Mahathir bersifat telus, adil dan meninggalkan perbatan menzalimi rakyat. Rakyat yang mengahayati “addin” Islam bersimpati kepada semua pihak yang difitnah dan diseksa, dilemparkan kedalam penjara oleh regim ini.

Rakyat tidak nampak Pembangkang sebagai ekstrimis difitnah oleh Mahathir Mohamad kununnya sanggup melakukan apa sahaja demi kemenangan. Apa yang nampak selama ini, regim Mahathir telah menjarakan ratusan rakyat yang menunutut hak mereka. Mereka dibelasah dan diseksa dalam tahanan.

Regim Mahathir menghalalkan tindakan terhadap pemimpin Barisan Alternatif walaupun pihak polis adalah sesama beragama Islam. Dr. Badrul Amin, Roslan Kassim, Gobala Krishnan, Tien Chua dan ratusan lagi (selain dari DS Anwar Ibrahim) masih hidup sebagai saksi. Malagnya laporan polis mereka dibakul-sampahkan sahaja.

Peristiwa “Al-Ma'unah” – Satu Pembohongan Bontang

Apabila terjadinya peristiwa rompakan keganasan Al-Ma'unah, pihak regim ini berpura-pura kelam kabut. Rakyat mempersoalkan banyak perkara yang tidak masuk akal (lihat analisis Panglima Sauk dan lain-lain netters di laman reformasi).

Nampak sangat, kerana Mahathir sedar sandiwara itu tidak diterima oleh rakyat, Mahathir dan Abdullah Bedawi melatah. Apabila rakyat beragama Islam dan bukan Islam mengecam dan mengutuk perbuatan keji dalam kerangka menjayakan “Sandiwara Al-Mu'unah” itu. Kerana respon bertentangan dengan “hasutan” beliau, Mahathir kelihatan marah dan berang! Sekaligus, tanpa sebarang siasatan dari pihak yang berkecuali, regim ini memaksa rakyat supaya “menelan bulat-bulat” tuduhan beliau.

Rakyat yang waras tidak nampak adanya sebarang kaitan antara pertubuhan ini dan pihak pembangkang. Rakyat bukan bodoh seperti pemimpin UMNO yang berotak cetek..!!

Untuk mengelakkan regimnya dari terus dikecam, Mahathir cuma mengeluarkan “Kertas Putih”. Tetapi rakyat bertanya, siapakah “pengarang” cerpen “kertas putih” itu? Jika ia adalah karangan dan gubahan pihak berkepetingan regim ini; samalah ia ‘cebisan tissue tandas”.

Nampaklah sekarang Mahathir sengaja mencari alasan dalam kekalutan kewibawaan yang sudah merudum. Rakyat dan oang Melayu makin menuding jari kepada UMNO dan mendakwa parti inilah yang banyak mengkucar-kacilkan politik, ekonomi dan sosial bangsa Melayu. Pemimpin parti inilah yang bersandiwara sebenarnya.

Mahathir Berdendam Kepada Orang Islam

Paling dikesalkan, Mahathir masih berdendam terhadap PAS, orang Melayu dan penganut Islam. Khutbah di masjid-masjid dan senarai penceramah agama telah ditapis. Mahathir mahu orang Melayu dan Islam akan dapat “disekularkan”.

Kes Zalina Abbas adalah contoh terbaru. Kes “Ratu Cantik” mengorban Mufti Datok Ishak Baharom. Dan, paling ketara, kes Datuk Seri Anwar Ibrahim (sebagai orang Islam) diadili oleh mahkamah sivil, walhal sepatutnya oleh mahkamah Syariah.

Paling menjolok mata dan memalukan sekali, Ummi Hafilda yang diakui “berzina” oleh seorang lelaki Iban di London tidak pula diheret ke mahkamah syariah. Walhal, Azizan dikenakan penjara tiga bulan. Inilah contoh bagaimana Islam itu telah mula disekularkan!!

Contoh pensekularan Islam oleh regim Mahathir dan UMNO yang bersumpah untuk menegakkan syiar Islam, sekarang adalah memalukan UMNO. Alasan tidak logik sama sekali tidak dapat diterima oleh orang Islam. Rakyat sendiri mengaku bahawa menyokong regim Mahathir dan menyokong UMNO/BN samalah ikut berdosa menjahanamkan agama mereka.

Islam bukan milik PAS. Kerana karenah semborono Mahathir dan UMNO memperlekeh Islam seburuk itu, dengan itu orang Melayu (tanpa mengira parti) telah bangun mengutuk Mahathir dan menyisihkan UMNO/BN.

Bagi rakyat, mereka sudah putus perkiraan; bahawa regim Mahathir (melalui UMNO) sedang merentetkan siri ''sandiwara'' lakunan beragenda. Setelah menyedari bahawa rakyat akan menolak pembohongan mereka, adakah Mahathir telah merancang untuk menghapuskan PAS pula?

Mahathir: Seorang EXTREMIST Totok

Walaupun sikap rakyat itu menimbulkan kemarahan dan kebencian regim ini, kerana regim ini terlalu “extreme” melaksanakan keganasan fisikal, seksaan mental dan menjana keruntuhan moral sosial; maka rakyat berazam untuk menumbangkan regim ini secara demoratik selagi ada ruang berbuat demikian. Ini terbukti dari ucapan Presiden PAS. YB Datuk Haji Fadhil Mohd. Nor.

Rakyat terus menerus berjuang bagi melaung dan mentafsirkan kepada rakyat apa yang dimaksudkan dengan “REFORMASI”, sebagai usaha memeperkuatkan iltizam “menegakkan KEADILAN dan menumbangkan KEZALIMAN”..!!

Masa dan hari regim Mahathir tumbang sedang dibilang dengan jari!!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com