MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

Mari Menyauk

Rakyat telah mempelajari dan sangat faham dengan pelajaran yang baru diajar, bab 'SAUK'

Mula-mulanya agak kabur juga dengan penerangan cikgu-cikgu yang sangat berbelit-belit itu. Tetapi apabila pengetua Mahathir turun memberi penerangan yang terperinci, lengkap pula dengan peralatan mengajar seperti senapang, parang, tali gantung, penggunaan TV dan segala macam akhbar dalam darjah, barulah semua orang faham. Malah, kini menjadi terlalu amat faham sehingga mahu memperaktikkan kaedah 'Sauk'ini pula.

Apakata rakyat pula menyauk? Asyik-asyik Mahathir dan geng-gengnya aje buat kerja itu. Rakyat pun hendak juga makan ikan besar..ya tak?

Tempat hendak menyauk sudah ada, tasik keliling mahligai Puterajaya tu kan besar, tentu banyak ikan besar.

Ayuh! jangan buang masa...mari kita terus MENYAUK! Banyak cara menyauk boleh kita gunakan. Kita gunakan 'SAUK'

  1. Salahguna kuasa
  2. Rasuah
  3. Merompak dan menyamun
  4. Membunuh dan memukul
  5. Merogol
  6. Penyelewengan akidah (Sesat dan murtad)
  7. Akta zalim
  8. Fitnah dan bohong
  9. Menipu dan membelit
  10. Kroni (KK)
  11. Menghasut dan mengadu-domba
  12. Pecah Amanah dan songlap
  13. Pembaziran wang rakyat
  14. Kuku Besi
  15. Tidak Telus
  16. Melindung Penjenayah
  17. Pilih Kasih (senget dan berat sebelah)

Rakyat boleh pilih 'SAUK' jenis mana yang hendak digunakan. InsyALLAH, gerenti boleh dapat ikan besar.....Apa tunggu lagi? AYUH KITA MENYAUK!

Kepada rakyat yang baru mahir 'menyauk' mulakan dari sekarang dan mereka yang sudah mahir dan sedang menyauk teruskan kerja itu. Memang menyauk ikan besar ini memerlukan segenap tenaga, tapi kalau gunakan sauk-sauk di atas lambat-laun tentu berhasil, lebih-lebih lagi jika sabar dan ikut 'petua sauk' ini.

  1. Bila sudah mula 'menyauk' jangan peduli kiri-kanan atau undur ke belakang. Persetankan semua halangan dan bujukan! Sebab kalau kita leka dan asyik buang masa berbuat demikian, 'ikan' sempat susun strategi, terutama 'ikan' tasik Mahligai Putrajaya itu lagi licin,  belut pun kalah, walau pun sudah ganyut, silap-silap kita pula kena 'sauk'. Lagi pun  banyak 'ikan' yang menjadi target, sempat menyorok dan cabut lari...Dan kadang-kadang bertukar wajah... seperti 'sumpah-sumpah'
  2. Sentiasa tetapkan dalam minda iaitu keutamaan kita sekarang ini MENYAUK saja..sauk ikan-ikan yang mengeruh dan mencemarkan air dan yang sentiasa memakan anak-anak ikan, seperti ikan haruan.
  3. Setiap penyauk mesti kental dan kuat dengan semangat 'sauknya'.
  4. Setiap penyauk adalah bersaudara dan saling bantu membantu. Keji-mengeji, dedah mendedah di antara satu sama lain (ketika proses menyauk) ini sudah dikira melanggar petua dan pantang larang serta etika 'SAUK'

Mahathir Menyauk Ikan Sarawak

Cuba lihat cara dia menyauk. Para remaja di Sarawak dianggapnya macam 'arnab', diumpannya dengan 'lobak'dan disuruh mereka..

Sabar, terus belajar dan menimba ilmu, kerana akan sampai juga masanya remaja ini untuk memerintah negara. Kerajaan telah menyediakan banyak universiti dan institut pengajian tinggi untuk mereka . Mana yang tidak berminat belajar dan melibatkan diri dengan politik jangan pula mempengaruhi remaja yang lain. Kerajaan sentiasa perihatin terhadap generasi akan datang dan telah menyediakan rancangan jangka panjang dengan membina projek mega seperti KLIA dan Putrajaya. Semuanya itu untuk diwarisi oleh para remaja.(lihat Star 17 july)

Sekali fikir memanglah semuanya itu benar..tapi sebaliknya, apa yang patut remaja Sarawak tanya PIEM mereka atau semolek-moleknya Mahathir sendiri kena beritau pada remaja itu ialah...

  1. Masuk Universiti atau IPT itu free ke? Atau kena sedia wang sendiri kalau pun tidak berhutang berpuluh-puluh ribu malah ada yang sampai beratus-ratus ribu.
  2. Hendak sampai ke Menara Gading remaja kena membudayakan diri mereka dengan budaya pengabdian iaitu 'budaya berhutang'.
  3. Betulkah semua universiti dan IPT kepunyaan kerajaan atau kroni? Rasa-rasanya IPT itu kebanyakan kroni yang kontrol.
  4. Mengapa biasiswa sudah tidak ada, tidak macam zaman Tun Abdul Razak dulu? Adakah telaga minyak kita sudah kering-kontang maka kerajaan macam papa kedana sahaja, semuanya kena bayar dengan harga yang tinggi?
  5. Mengapa tidak boleh berpolitik? Bukankah bakal pemerintah kena dilatih dan dididik dari masa remaja lagi supaya negara terus terurus dan harmoni, seperti yang PIEM ingini? Bukankah politik juga salah satu daripada cabang ilmu yang boleh dipelajari iaitu 'sains politik'?
  6. Adakah pembinaan KLIA dan Puterajaya itu suatu keperluan atau kehendak buat masa ini? Lapangan terbang Subang masih boleh digunakan begitu juga Pejabat PM dan Kementerian-Kementerian yang lain. Mengapa membazir wang? Alangkah eloknya jika wang itu digunakan untuk biasiswa pelajar?
  7. Sampai masa remaja mentadbir negara, KLIA dan Putrajaya itu sudah usang. Jadi apalah maknanya bangunan itu bagi remaja kini, kalau terus hidup membayar hutang lapuk negara? Dengan apa rakyat hendak tadbir jika wang  makin tirus dan minyak sudah kering? Dengar bunyinya minyak Petronas akan habis dalam masa 20 tahun lagi...jadi, bila sampai masanya remaja memerintah...KASI ELLEK!
  8. Benarkah projek mega itu dibina untuk remaja atau...sebab 'jack-up 20% dan komisyen 20%?
  9. Adakah remaja ini aset negara? Kalau dah khazanah negara mengapa hendak menuntut ilmu pun kena bayar, terlalu mahal pulak tu? Kalau belajar guna wang sendiri, ertinya remaja tidak berhutang dengan kerajaan jauh sekali UMNO/BN. Dan sudah tentulah kerajaan tiada hak ke atas remaja kan? Jadi jangan pandai-pandai Mahathir hendak kelentong atau mengungkit apa-apa pada remaja Sarawak dan seluruh negara amnya.

Medan Oh Medan

Kesihan Medan, bapa kepada Mathew, komando iban yang malang dalam peristiwa RAW di Grik tempuh hari. Rupa-rupanya dia teringin sangat hendak melihat wajah orang yang membunuh anaknya itu. Hasratnya itu disuarakan kepada Perdana Menteri Mahathir. Tengok? Sungguh pantas PIEM 'menyauk', sudah sampai ke persada kaum Iban pun.

Biasanya kes begini diserahkan saja pada ketua perkhidmatan atau paling tinggi Pak Menteri Pertahanan. Tetapi kali ini lain pulak, dia sendiri yang menyerahkan wang 'beli nyawa' anak Medan itu.  Tidak banyak hanya 10 ribu saja tapi ditambah sana-sini adalah kurang lebih 22 ribu. Itulah harga nyawa seorang rakyat marhaen!

Mahathir sudah menganggap Mathew sebagai seorang 'hero' (jadi bukan Zaini seorang saja). Kehadiran PIEM itu mungkin juga sudah 'terlebih kasihan' dan terlampau terhutang budi pada Mathew kerana berkoban nyawa untuk...... (ehem aku taulah..)

Medan kelihatan tunduk saja (mungkin terlalu sedih agaknya) ketika menyambut wang itu dari tangan Mahathir. Medan bukan saja berhasrat untuk melihat orang yang dikatakan membunuh anaknya itu, tetapi meminta 'hutang darah' hendaklah dibayar dengan darah!

Hasrat Medan disambut dengan wajah senyum oleh PIEM, sambil  memberi jaminan, kemungkinan permintaan itu akan dibenarkan, tetapi kata PIEM 'tengok saja jangan marah'. Biarlah undang-undang yang menentukan nasib yang tertuduh itu!

Ya Medan, biarlah hakim Semenanjung yang mengadilinya..hmmmmm.

Mengapa tidak beri marah? Mungkin Mahathir takut Ilmu Batin Mohd Amin dapat menewaskan Ilmu Iban dan terbongkar segala rahsia yang jadi misteri RAW di Gerik itu?

Medan oh Medan kalau dah geram, janganlah sampai tidak mendongak langsung. Kalau ya pun nak tengok sangat si pembunuh itu, sekurang kurangnya bila berhadapan dengan Perdana Menteri Mahathir, lihatlah wajahnya dahulu. Bukan senang hendak lihat wajah seorang Perdana Menteri dari dekat!

Cik Siti
19/7/2000

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com