MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

Mahadead-Rotten Spoilt Brat-Mengalih Pandangan

Pemberita Nestea

Jika kita amati kelakuan saorang kanak-kanak (3-6 tahun),yang telah membuat kesilapan atau kesalahan yang disengajakan,dan dipanggil ibubapa untuk menyoalnya,nescaya kita dapat melihat kanak-kanak itu tidak akan merenong tepat mata ibubapanya.Demikianlah lumrahnya perilaku saorang yang menyedari kesalahannya,dan cuba pula melingdungi 'pancaran' kesalahannya dari rauk wajah mukanya semasa disoalsiasat.Biasanya kanak-kanak itu akan mengalihkan pandangannya kabawah atau kaarah sekelilingnya asalkan tidak bertentang terus dengan yang menyoal.Dia cuba mengalih pandangan dengan fikirannya diselubongi rasa kesal,berdosa dan mengambil iktibar untuk rujukan terhadap perbuatannya dimasa-masa muka.Sememangnya inilah proses biasa saorang kanak-kanak muda harus lalui dalam mengharungi kehidupan untuk kadewasaan.Proses untuk mengenali serta membezakan nilai baik dan nilai buruk sabagai panduan dan peganggan dalam suluhan kehidupannya.Akan tetapi jika sasaorang kanak-kanak muda itu terlalu dimanja dan segala perbuatannya dibenarkan,apatah lagi segala kehendaknya dipenohi olih ibubapanya,kanak-kanak muda ini tidak akan menghayati dan mengetahui perbezaan nilai yang baik dan yang buruk.Dianya akan menjadi kanak-kanak yang jahat serta nakal,'a rotten spoilt brat'.

Adalah menjadi hukum adat-alam kehidupan sasaorang manusia apabila mencecah umur melampaui tujuh abad dianya akan mula memasuki kaalam kanak-kanak dengan proses yang terbalik (iaitu tingkah laku dari dewasa kapada bayi).Jika Allah SWT mengizinkan peningkatan umurnya akan terus membawanya kapada alam bayi semasa mana sasaorang itu tidak berkemampuan melaksanakan urusan hidupnya sendirian tampa dibantu olih penjaga atau orang lain.Sasaorang itu diistilahkan sabagai tua nyanyok.

Pada hemat saya, Mahadead, P...M..Malaysia telah memasuki alam kanak-kanak keduanya (umur minda 3-6 tahun)atau dikatakan menjadi kanak-kanak tua.Bukan saja dia telah menjadi kanak-kanak tua bahkan telah menjadi kanak-kanak tua yang jahat dan nakal-a rotten aging spoilt brat-disebabkan ibubapanya (UMNOB/BN dan Kerajaan UMNOB/BN) terlalu mendewakan,memanjakan dan memujikannya.Ibubapanya telah tersalah didik kanak-kanak tua ini.Segala kehendaknya ditunaikan sahingga dia tidak tahu erti dan maana 'tidak bolih'.Kanak-kanak tua ini diberi gelaran timangan yang melambong-lambong sahingga dia beranggapan tiada manusia yang lain yang sataraf dengannya.Segala kata-katanya dikitabkan sebagai keramat sahingga dia memperlekehkan KATA-KATA ALLAH SWT.

Proses kanak-kanak tua ini menjurus kapada saorang kanak-kanak tua yang nakal dan jahat-a rotten spoilt brat-sahingga dia tidak tahu membeza antara nilai baik atau buruk bolih dikesan apabila ibubapanya (Kerajaan UMNOB/BN) membenar serta membantunya dalam berberapa kesalahan.Dia mahu Umno diharamkan dan mengujudkan Umno (umnob) yang sesuai degan citarasanya,dia perolihi.Dia mahu bidang kehakiman dibawah penguasaannya,UMNOB/BN telah memberi segala laluan bagi dicapaikannya.Dia mahu raja-raja Melayu diperbadutkan maka UMNOB/BN setia perjuangkan untuknya sahingga dia menjadi Maharaja dan raja-raja Melayu kini menjadi reja-reja saja (padan muka pun reja-reja).Dari contoh-contoh diatas, dimana ibubapa kanak-kanak tua ini pernah menegurnya, jauh lagi memarahinya,terhadap kesalahan-kesalahan kritikal yang dilakukannya.Dari mana kanak-kanak tua ini bolih memperolihi nilai baik atau buruk untuk dijadikan panduan tingkah lakunya?

Yang sangat menyiksakan dan memudaratkan kita rakyat Malaysia adalah main-mainan (toys) kanak-kanak tua ini.Saperti kanak-kanak muda yang memerlukan mainan dan hobi untuk berinteraksi mencari kawan atau sahabat,kanak-kanak tua ini pula perlukan mainan dan hobi untuk mempamerkan keegoan serta keangkohannya kapada dunia.Blok bangunannya (building blocks Lego) berjenama KL Twin Towers yang menelan kos RM2-3billion,litar kereta lumbanya hanyalah yang tercanggih untuk F1 Sepang dengan harga RM200-300juta,model kapal terbangnya yang bolih mengelilingi dunia bergelar Global Express dengan harga RM200juta,rumah pondoknya berbentuk Mahligai dibiayai dengan RM200 juta dan pelbagai lagi.Berberapa lagi projek-projek termega diselenggarakan untuk memuaskan nafsu kanak-kanak tua ini untuk dipamerkan agar dia diperlihatkan gah dan berjaya walhal sabenarnya dialah pemimpin negara Malaysia yang tidak memberi munafaat dan gagal membawa munafaat kapada rakyat teramai.Malahan dari keborosannya, satu-satunya sebab pengaliran wang negara keluar dengan banyaknya, sahingga mencetuskan krisis ekonomi yang terpaksa ditanggung olih rakyat biasa dengan peritnya sahingga kini.Inilah kezaliman kanak-kanak tua ini yang paling ketara dilakukannya sabagai P...M..Malaysia.

Keangkohan dan kesombongan kanak-kanak tua Mahadead ini telah menjangkau katahap dianya beranggapan tidak ada kuasa yang bolih membatasinya.Olih itu apabila Dato Shafie Yahya membuat kenyataan bersumpah dalam makhamah bahwa Mahadead telah memarahi dan melarangnya dari menyiasat tuduhan perbuatan rasuah olih Ali Abul,Pengarah EPU,saorang kroni sebangsa Mahadead,kanak-kanak tua itu tidak sanggup menentang mata rakyat dan berhadapan dengan isu ini secara langsung.Mahadead tahu apa yang diutarakan olih Dato Shafie itu merupakan jenayah salahguna kuasa yang serupa saperti yang difitnahkan terhadap DSAI yang telah dipenjarakan selama 24 tahun (4X6 tahun to be served concurrently) melalui Moktar Dugung dan Hakim Paul Hacks.Penyalahan guna kuasa ini adalah merupakan 'Achille's Heel' Mahadead dan rakyat,khususya reformis dan BA serta YB dan pemimpin BA,jangan sesekali membenarkan kanak-kanak tua tersebut mengalih pandangan kita.Isu ini mestilah dituruti sahingga kita Pastikan dianya diseret kamuka Keadilan.Let us let him taste his own medicine!

Percubaan mengalih pandangan dari kenyataan Dato Shafie Yahya ini telah dilakukan olih ibubapa kanak-kanak tua, iaitu Umnob/Bn.Dihidangkannya peristiwa Sauk dengan didendangkan secara besar-besaran melalui media massa elektronik dan cetak.Saya juga mencurigai peristiwa Sauk ini sengaja diadakan dan disertakan berberapa loopholes dan keraguan supaya peristiwa itu dijadikan kontrovesi untuk diperdebatkan, serta sengaja diuli perdebatan supaya memakan masa yang panjang.Ingatkah kita bahwa satu-satu dictum Mahadead adalah orang Melayu mempunyai ingatan pendek dan hangat-hangat taik ayam!Jika kita menumpu kapada peristiwa Sauk ini maka berjayalah kanak-kanak tua itu menenggelamkan kenyataan Dato Shafie.Begitu juga tuduhan pihak Umnob/Bn terhadap BA yang cuba dan ingin dikaitkan dengan peristiwa Sauk.Selain dari maksud-maksud mencari sebab dan 'rationalisation' bertindak terhapad BA ianya merupakan usaha Mahadead untuk menjadikan isu Sauk itu kompleks dan perlu tumpuan yang mendalam dan lama untuk dibincangkan.

Dalam menghadapi taktik Mahadead begini kita harus membuat perencanaan agar team-team tertentu BA menanggani isu Sauk yang cuba dikaitkan denagan BA, akan tetapi team yang utuh pula terus menekan agar Mahadead dibawa kamuka keadilan atas salahlaku yang dinyatakan olih Dato Shafie.Secara pokoknya pula, kita akui saja versi UMNOB/BN terhadap peristiwa Sauk dengan syarat syarat ini:-

  1. Ianya kejadian rompakan senjata dan samestinya anggota yang ditangkap itu segera dibicarakan dimakhamah terbuka.Jika mereka bersalah mestilah dihukum gantung mandatori.Beranikah mereka melakukannya jika .........
  2. Peristiwa Sauk adalah peristiwa yang tidak ada kena mengena dengan BA.Jika ada pihak lain dari kumpulan yang telah diberkas, saharusnya, dipersalahkan Kementerian Dalam Negeri yang telah mendaftarkannya, dan saharusnya bertanggungjawab terhadap segala aktibitinya, saperti persatuan-persatuan lain-lain yang melapur kegiatan mereka tiap-tiap tahun.

Satu perkembangan baru yang harus juga ditekankan olih rakyat, dan yang mempunyai kaitan terhadap kenyataan Dato Shafie Yahya, adalah kenyataan Tim.Menteri diJPM Douglas Unggas Ungka (nama resmi tak reti nak sebut) diParlimen dua tiga hari yang lalu, yang bermaksud bahawa Mahadead tidak pernah menghalang Dato Shafie atau BPR dari menyiasat Ali Abul.Tambahnya lagi bahwa BPR telah dan sedang menyiasat perbuatan rasuah Ali Abul sahingga kini.Kenyataan ini mengajukan berberapa soalan lainnya yang kritikal dan penting.

  1. Jika Dato Shafie Yahya membuat kenyataan palsu sabagai saksi dalam makhamah mengapa Mahadead tidak menyamannya?Kita mesti ingat juga kenyataan palsu olih saksi bolih menyabitkan yang membuat kenyataan palsu itu dihukum berpuloh tahun.Ingatkah kita kes Karthigesu,kes bunuh guru, dalam tahun 70han,dimana saksi berbohong dalam makhamah dan dipenjara pulohan tahun?
  2. Jika benar Ali Abul dalam siasatan BPR sahingga kini, apakah asasnya Mahadead/Daim melantiknya sabagai Gubenor Bank Negara, walhal jawatan tersebut mestilah disandang olih orang yang bersih lagi membersihkan, kerana ditangannya lah terletak kuasa dasar kewangan negara yang menjadi ukuran penting terhadap kesihatan ekonomi kita setempat dan pertaliannya dengan dunia luar?Adakah agenda-agenda tertentu (khususnya dengan pendedahan baru-baru ini berhubung Danaharta-lihat laman web reformasi)yang Ali Abul ini berperanan?Bolihkah segala keputusan Ali Abul ditatapi olih Ahli Parlimen BA?

Kesimpulannya, jangan kita layani sangat rengetan spoilt brat tua yang kununnya memimpin kita tetapi dianya mesti dipertanggong-jawabkan diatas segala perbuatan sumbangnya.Cukuplah kejahatannya menyebabkan kehilangan kewiwabaan segala institusi negara.Cukuplah keborosannya menyebabkan sebuah ekonomi negara menjadi lemah dan rakyat menderita dengan bebanan penghidupan.Cukuplah kita bersabar dengan kenakalannya yang membawa mudarat buruk yang memerlukan berberapa genarasi rakyat untuk dibaikpulih.Dia mesti diajar.Kalau ibubapanya (UMNOB/BN)tidak tahu mengajarnya,kita ajarkan dia dengan ibubapanya sekali.Kita tunjukan kapadanya tiap-tiap perbuatan yang menyakitkan rakyat ada noktahnya.Noktah itu disini!

Wassallam
Lawan Tetap Lawan.
Allahuakhbar!

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com