MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

TAMAT RIWAYAT UMNO – RAKYAT DAH BOSAN!!

Sejak saya mengistiharkan diri dengan deklarasi “BEKAS ahli UMNO atas Pagar”, email yang datang tak sempat nak habis baca. Mencurah-curah!!

Enam ‘email address’ saya yang ketahui oleh kawan-kawan lama UMNO, hampir semua ‘berasap’ menunggu jawapan. Macam-macam yang saya terima. Kutuk ada, puji pun ada. Ada pulak yang hantar soalan berjela-jela. Makin semak fikiran saya!!

Akhirnya saya, terangkan – saya baru balik hospital. Semasa keseorangan, saya berfkir sendirian. Maka itu adalah satu keputusan! Muktamad. Jalan paling selamat. Jangan fikir sedap duduk atas ‘pagar berduri’ nih. Duduk atas kerusi empuk pun ada yang pungkok tumbuh bisui. Kalau tak caya tanya mana-mana pemimpin UMNO yang “lurus bendul”.

Pemimpin UMNO banyak yang siap “simpai kepala”. Sebab memang dok ada yang menunggu dengan kayu pemukul…tunggu nak tibai saja!! Saya dengar khabar ada yang dah kena “tanjul”. Hanya menuggu masa saja. Mahathir dah ‘ready’ bull-dozer tunggu nak sondol!! (Wuuiiihh….berirama bunyinya wuuitt…hehehe!)

Kata saya – memang dah lama saya mahu UMNO mewakili orang Melayu, menjunjung wadah orang Melayu. Tetapi, penyakit UMNO makin tenat. Umpama sebuah kereta yang dah karat, jika injinnya boleh bergerak masih boleh juga di ‘over-haul’. Tapi kalau satu kereta dah ‘terjerahap’, dah ‘coma’ – tak ada cara lain melainkan kondemkan saja. Kalau boleh jadi reban ayam pun jadilah juga. Ini tidak! Menyakit mata saja. Isk..isk…meluatnya!! Bosan kalau nak kata!

Langsung saya berjanji akan memberi ‘ceramah’ (itu memang style Pembangkang lah…Kah!kah!) kepada sekumpulan Ketua-Ketua Bahagian dan Ahli Jawatankuasa mereka. Jemputan saya terima dengan hati terbuka. Saya difahamkan, hadirin yang datang tak ramai mana. Beberapa orang saja. Saya pun datang setengah jam sebelum majlis bermula. Ramai juga.

Apa yang saya lihat betul-betul membuatkan saya geleng kepala. Bukan saja ketua-ketua dari puak UMNO yang datang; paling tak sangka – ada diantara mereka yang mewakili PAS, KeADILan-PRM semua!

Saya terperanjat. Saya tanya Pengerusi…”Amacam nih saudara. Bukankah kita janji setakat nak bertukar-tukar fikiran antara kita saja; amacam PAS dan KeADILan-PRM – BA pun ada?”

Pengerusi Majlis selamba menjawab, “Wak Amin, kan Wak Amin cakap ‘menegakkan Keadilan dan menumbangkan Kezaliman’ itu tanggungjawab bersama. Jadi, penyokong PAS, KeADILan-PRM adalah ber“entiti”kan rakyat yang menuntut ‘Keadilan ditegakkan dan Kezaliman ditumbangkan’. Bukan itu hak UMNO saja! Hanya kerana “kita” terlampau tak sepakat berpuak-puak tak sekata, kalau tidak dah lama orang Melayu aman damai hidup mesra!!”

Tercengang saya. Begitu punya bijak rakyat dibawah sana. Hai..!! Malu-malu kucing saya kena sindir tajam begitu. Terfikir dalam hati saya – berpuluh rencana yang dah saya tulis, menganalisis Keadilan dan Kezaliman regim Mahathir dan kuncu-kuncunya; namun dalam kepala hotak saya masih terfikir dan bersikap membeza-bezakan antara penyokong UMNO, PAS, KeADILan-PRM.

Kalau saya cuma bertaraf ‘cacing gegelang’ UMNO; apakata kalau “induk-induk angkang” macam Dollah Bedawi, Hamid Albar, Rais Yatim, Rafidah Aziz dan geng yang ‘hard-up’kan habuan dengan ‘join’ UMNO? Hhihihih… tak lah salah kalau mereka pun berfikiran bahawa orang Melayu terbahagi kepada “UMNO, PAS, KeADILan-PRM”..!!

Baru saya faham sekarang, kalau tak campur-gaul dengan rakyat, pemimpin UMNO tak akan sedar bahawa rakyat dibawah sini tak lagi berfikir mengikut parti. Mereka dah mula berfikir diri mereka adalah orang Melayu. Dengan itu, tuntutan yang hak bagi mereka adalah atas sebab mereka adalah orang Melayu. Bagi mereka sudah tidak ada lagi UMNO, tak ada PAS, tak ada KeADILan-PRM. Semua Melayu!! Kalau begitu keadaannya, di bawah sini nampaknya tak adalah lagi masalah yang “bercelaru”. Nampak kepada saya, hanya di puak yang atas-atas itu saja yang haru-biru.

Nah kalau ini berlaku, saya fikir, Mahathir dan Dollah dan semua pemimpin UMNO sudah “gagal” memecah-belahkan orang Melayu.!!!! Orang Melayu sebenarnya BERSATU. Apa yang saya lihat, orang Melayu bersatu bukan lagi dibawah ‘panji-panji’ UMNO. Itu saja. Mereka bernaung dibawah panji-panji “menegakkan Keadilan dan menumbangkan Kezaliman” sekarang. Ini UMNO tak boleh nak tentang!! Siang-siang UMNO dah kalah “perang”..!!

Jadi, pada petang itu saya dapat pelajari satu perkara mustahak dalam hidup untuk saya pandu sendiri. Selagi pemimpin UMNO masih bersikap membezakan orang Melayu mengikut ‘political parties’, selagi itulah orang Melayu tidak akan BERJAYA “menegakkan Keadilan dan menumbangkan Kezaliman”. Sampai kiamatlah nampaknya. Itu saya pegang cukup-cukup sampai sekarang.

Setelah majlis bermula, saya istiharkanlah diri saya dah jadi “Bekas UMNO”. Saya tengok satu dewan bertepuk. Yang dihujung sana sekumpulan pemuda melaungkan “REFORMASI” dan di hujung sini menyahut pula “Allahu Akbar”. Bergema satu dunia..!!

Saya tanya, “Mana dia pekikan orang UMNO?”

Pengerusi menjawab, “UMNO mana ada pekik-pekik lagi, Wak!! Mulut dah tersumbat dek ‘arak dan madat’. Itu arahan orang atas. Nak pekik “Merdeka” macam mana? UMNO sendiri yang dah jadi PENJAJAH..!! Apa boleh buat”, katanya.

Saya ketawa sengit. Rasa juga hati nak marah. Tetapi kerana itu adalah satu kebenaran yang sahih, maka saya akur sungguh-sungguh. Memanglah UMNO tidak menunjukkan petanda rakyat sudah “merdeka”. Petanda rakyat dijajah memang nampak. UMNO makin parah di peringkat bawah!

Petang itu sesi terbahagi dua. Satu ucapan saya. Satu lagi sesi bertanya dan bertukar-tukar pendapat sesama kita. Kedua-dua sesi itu menarik benar. Saya terpaksa menyusun catatan saya, sebab suasana yang berlaku disitu patut dihalusi. Lebih-lebih lagi, pertemuan itu bukan berbau politik. Makin nampak kepada saya pertemuan begitu semacam “soul searching”. Lebih-lebih lagi yang puak undi ‘dacing’…!! Hehehe…

Kalau nak kata, Mahathir sendiri keliling Malaysia. Pertemuan begini tak fikir dia boleh jumpa. ‘Kunun’ saja “Pemimpin Bersama Rakyat”. Tapi sebenarnya, hadirin mendegar, Mahathir sorang saja yang bercakap. Kalau macam itu, elok buat di TV atau edarkan saja pita rakaman. Ceramah-ceramah saja orang dah bosan. Apa tidaknya, tengah panas tercegat bagai nak pitam. Padahal Mahathir dibawah khemah, ada tukang kipas, tukang angkat, tukang jilat. Hadirin kepanas terjulur liah kebuluran!! Yang satu itu pun dah memang sah “zalim” kalau nak difikir-fikirkan.

Bagi saya, pertemuan begini sangat-sangat bermakna kepada semua – khususnya penyokong UMNO! Sebab minda orang UMNO dah cetek. Lemah. Semangat tak ada. Ikut ‘pelonte’ Mahathir, telan semua!!

Saya akan sambung insya-Allah. Mungkin akan saya kumpulkan dulu semua catatan. Jemputan saya mendadak datang. Mana satu saya nak terima – UMNOkah, PAS atau KeADILan-PRM?

Saya kena ingat sekarang bahawa saya sedang berhadapan dengan rakan sebangsa dan seagama. Mereka bukan lagi memandang parti sebagai identiti perjuangan – semuanya berjuang dengan semangat supaya ‘Keadilan ditegakkan dan Kezaliman ditumbangkan’. Mereka dah lama kehilangan identiti diri sebab harapkan UMNO – serba serbi tak kena.

Kalau macam inilah, camana UMNO tak bimbang? Yang pasti, tahun 2004 kian menjelang!! Nampaknya UMNO tumbang telentang!! Habis UMNO dan Presidennya “mangkat dijulang”..!! hehehe.


Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com