MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

DOLLAH TIDAK HORMATI WAKTU SOLAT

Oleh Pe na Suasa

INI ada satu cerita baru yang perlu diketahui semua rakyat Malaysia, khususnya penyokong dan pendokong Barisan Alternatif (BA).

Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi yang merupakan seorang anak ulama dan berkelulusan Pengajian Islam Universiti Malaya sebenarnya seorang yang lebih takutkan Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad daripada Allah SWT.

Dia selama ini dikenali kononnya kerana bersih, orang baik dan anak ulama tetapi hakikat sebenarnya apabila mencapai kedudukan sebagai Timbalan Perdana Menteri, dia sebenarnya seorang yang tidak menghormati waktu sembahyang.

Bertanyalah dengan sesiapa sahaja yang pernah duduk bermesyuarat sekali dengannya. Dia tidak kisah dan tidak peduli waktu. Pernah dia bermesyuarat Jawatankuasa Pengurusan parti di Pusat Dagangan Dunia Putra, semua yang hadir bermesyuarat dengannya tidak sempat solat Maghrib.

Apa nak jadi negara kita Malaysia, mempunyai pemimpin yang begitu sekali rendah jiwa Islamnya. Patutlah dia tidak mampu ‘menegur’ isterinya, Datin Seri Hendon Mahmood yang berambut kadang-kadang perang, kadang-kadang merah dan sesekali berbelang antara perang dan hitam.

Untuk menunjukkan dia begitu kuat bekerja, dia menghormati Dr. Mahathir dan komited dengan tanggungjawabnya, dia tidak kisah untuk menghormati waktu.

Saya teringat dalam satu Persidangan Tahunan Umno Bahagian Selayang, Pengerusi Tetap Umno Bahagian tersebut mengumumkan; “Kini sudah masuk waktu Solat Maghrib. Diminta semua yang hadir bertafakur lima minit dan kita teruskan mesyuarat.”

Di mana mereka belajar agama? Apakah urusan Umno lebih penting dari urusan dan kewajiban kita sebagai seorang Islam. Atau, memang ajaran Umno supaya mendahulukan urusan dunia dan kemudian baru urusan agama?

Kita minta Abdullah menjelaskan dakwaan ini dan jika dia berdiam diri bermakna dia mencemarkan keturunannya, keturunan orang baik-baik atau memang dia sudah lama tidak menghiraukan soal-soal agama demi mencapai kemaruk ingin menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Ingat! Jika orang-orang kemaruk seperti ini berjaya menjadi Perdana Menteri, dia akan lebih zalim dari tokoh yang terkenal kerana kezalimannya. Di zaman dia menjadi Menteri Dalam Negeri, dalam kelembutannya, dia mengharamkan DETIK, Panji Masyarakat, Eksklusif dan menghadkan pengeluaran Harakah.

Kita tunggu, manusia yang didakwa bersih ini mengizinkan permit Purnama atau tidak? Layaklah dia digelar Habibie Dr. Mahathir jika inilah sikapnya. Tunggu nanti selepas ketiadaan Dr. Mahathir apakah dia masih kekal kuat atau, hanyut bersama-sama angan-angan dan kemaruknya itu. 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com