Ayuh! Kita Teruskan Agenda Kita - 2
Rakan-Rakan BA,
Peristiwa serbuan
terhadap dua pub di Damansara Utama pada 10 Jun berakhir dengan JAIS menarik balik
dakwaannya. Langkah 90 orang yang terlibat untuk menjaga dan mempertahankan kesucian ISLAM
gagal kerana adanya manusia seperti Mahathir.
Apakah impak dari episod ini? Apakah
rakan-rakan Islam baik Melayu, India dan semua bangsa yang seagama terhiris hati mereka
dek peristiwa yang 'malang' ini?. Dan apakah boleh kita jangkakan dengan peristiwa itu
100% pengundi beragama Islam Selangor kalau pun tidak Malaysia bakal mengundi PAS/BA?.
Atau apakah kita dari PAS/BA sebenarnya telah tidak menjadikan peristiwa itu sebagai
'selling point' yang terbaik untuk melakukan 'barangan' kita iaitu perjuangan
PAS/BA?.
Yang jelas MGG Pillai pula yang banyak mengulas dan dari terjemahan oleh MT
jelaslah juga ulasan MGG Pillai itu menyimpang. Bagaimanapun pada hemat saya tulisan MGG
Pillai itu memberikan impak yang tidak memihak kepada PAS/BA. Tuan-tuan bolehlah baca
sendiri dan menilainya. Apa yang ingin saya 'highlight' disini adalah dalam proses kita
meraih sokongan serta meng'turning over'kan rakan-rakan kita yang masih tak nampak lagi
kita perlulah mengamalkan perpatah inggeris 'strike when the iron is still hot'.
Kita
mesti dampingi mereka, berhujah empat mata. Minta pendapat mereka. Hormati pendapat
mereka. Insya-Allah dengan usaha kita seorang demi seorang dapat kita yakinkan.
Sebagai
contoh semasa isu RAW yang lalu saya telah bertemu rakan Cina. Saya tanya pada mereka
samaada mereka percaya episod RAW itu. Mereka mengulas panjang lebar. Saya dengar.
Ternyata berbagai perkara yang mereka sendiri kebingungan. Mereka tidak yakin akan
rompakan itu sebenarnya dilakukan oleh orang yang sama dengan kumpulan Al Ma'unah.
Kemudian saya bangkitkan Isu Memali dan jelaskan kepada mereka. Saya tanya mereka apakah
munasabah penduduk sebuah kampung yang bersenjatakan parang dikepong dengan kereta kebal
dan 'machine gun' oleh ratusan pasukan polis hutan dan FRU?.
Bagi saya dalam
meyakinkan sesiapa pun akan 'kekejaman' rejim Mahathir isu Memali adalah 'selling point'
yang terbaik kerana ianya melibatkan terkorbannya belasan jiwa manusia. Manakala puluhan
penduduk kampung termasuk kanak-kanak cedera kesan gas dan tembakan. Rumusan yang ingin
saya ketengahkan adalah kalau Mahathir PM ketika itu sanggup sehingga mengorbankan nyawa
belasan manusia maka apakah yang tidak sanggup dilakukan olehnya untuk terus berkuasa?.
Ayuh kita perbesarkan semula ISU MEMALI. 19 November kita Istihar sebagai BLACK MEMALI.
Laman WEB TRAGEDI MEMALI (http://www.geocities.com/SiliconValley/Ridge/8330/pas/memali_intro.htm) kita
sebarkan dan jadikan LINK dari semua laman reformasi.
Berbalik kepada isu JAIS dan
Arak tadi saya teringatkan kisah anak Tony Blair PM British. Dari 'Focus' berita NST 9
Julai 2000 m/s 29 yang dipetik dari 'The Times' melaporkan bagaimana anak PM British itu
yang bernama Euan telah dijumpai 'terbongkang' ditepian jalan akibat mabuk. Setelah dia
sedar di balai polis dia telah memberikan nama, alamat dan umur palsu kepada polis yang
bertugas semata-mata untuk menjaga nama baik ayahnya. Euan sebenarnya baru berumur 16
tahun.
Berita itu seterusnya melaporkan " The incident comes in the wake of
Blair's call for tough action against drunken yobs. But the embarrassment was more
personal than political." Kata Blair kemudiannya " Being a Prime Minister can
be tough, but being a parent is probably tougher."
Peristiwa anak PM British
itu tak mustahil akan berlaku di Malaysia jika langkah membendungnya tidak dilakukan dari
sekarang. Apakah kita rela anak-cucu kita ditahun 2020 nanti ditemui
‘terbongkang’ di tepian jalan dalam keadaan mabuk!!. Manakala kita diazab pula dialam
kubur kerana tidak membenterasnya sewaktu kita di dunia iaitu pada HARI INI !!
Berbalik
kepada isu RAW pula, komen lanjut saya adalah ditengah 'producer' filem hollywood
menjadikan penganut Islam sebagai watak jahat dalam filem-filem box-officenya seperti
'True Lies' ,'Executive Decision' dan banyak lagi ,muncul pula producer Mahathir mengikut
arus yang sama. Dapatlah kita bayangkan betapa musuh-musuh Islam sedang bersorak gembira
dengan kejayaan Mahathir melaui "The Sauk" (http://mahazalimtwo.tripod.com/170700zac.html) Pasti
tidak berapa lama lagi Mahathir akan menerima Award dari gerakan zionis. Tunggu dan lihat.
Sahabat-Sahabat
sekelian,
Dari sudut politik peristiwa RAW dan JAIS Vs Arak merupakan dua peristiwa
signifikan. Bersama dengan peristiwa-peristiwa lain termasuk kes Laporan Polis terhadap
salahguna kuasa PM, kepincangan perbicaraan DSAI dan contoh-contoh ketidakadilan serta
kezaliman yang begitu banyak sebenarnya BA mempunyai banyak 'barangan laris' yang mudah
dijual.
Ayuh kita teruskan agenda kita turun ke padang meneruskan misi menjual
dengan 3 cara mudah iaitu pertama 'talk to people' cara keduanya 'talk to people' dan
ketiga juga 'talk to people'.
Salam perjuangan.
Gerila BA @
sarjanops2004
|