MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

DRAMA SAUK

MEMANG BENAR KERJA ORANG GILA

Catatan saya bertajuk Al-Ma’unah Diperangkap Dan Dianiaya berkenaan Peristiwa Sauk nampaknya turut menimbulkan kesan KETIDAKPERCAYAAN RAKYAT. Para Konspirasi ternyata KELIRU dan merasakan bahang yang dahsyat gara-gara ‘ perancangan dan pembohongan gila ‘ mereka gagal meyakinkan rakyat.

Pihak media bagaikan HISTRIA memperbesarkan peristewa itu menyebabkan makumat yang disampaikan bercanggahan antara satu dengan lain. Malah Pegawai Tinggi ATM, Lt Jeneral Zaini pun bagaikan tidak siuman dengan CERITA GILANYA.

Setelah menyedari dan merasakan impak dari Drama Sauk itu yang berbalik menghantui Para Konspirasi berkenaan, maka kemaruklah ayam-ayam itu mematuk taik-taik tuannya agar bau busuk tidak tersebar ke sana-sini.

Rentitan daripada itu, PENERANGAN DAN PENJELASAN berkenaan peristiwa itu secara besar-besaran kepada rakyat di seluruh negara telah dirancang dan akan dibuat oleh UMNO. ENTAH fakta apa lagi yang mahu mereka bohongkan.

ELOK juga mereka mereka datang ke serata daerah dan kawasan. Saya mengalu-alukan kehadiran orang ramai ke Majlis Penerangan (pembohongan) berkenaan.

Sesiapa berani bolehlah berkata;

 “SAYA AKAN PERCAYA BAHAWA KEJADIAN DI SAUK ADALAH ANGKARA AL-MA'UNAH ATAU PENENTANG KERAJAAN JIKA TUAN DAPAT MENJAWAB DAN MENJELASKAN PERKARA-PERKARA BERIKUT DENGAN BUKTI DAN FAKTA YANG BENAR LAGI MEYAKINKAN IAITU”

  1. Bagaimana rasionalnya mangsa culik yang dilaporkan pada awalnya terdiri daripada 2 orang melayu (polis menyamar) dan seorang cina (pemungut durian) dan apabila mangsa culik itu mati dibunuh dengan kejam oleh kumpulan penjenayah maka identitinya berubah kepada India dan Iban. Dan Cina pula hilang begitu sahaja daripada penculikan.

 TV  ada menyiarkan rayuan 2 isteri mangsa culik melayu (pemungut durian) agar suami mereka dibebaskan….Ini bukankah kerja orang gila?????!!!!!!!!

  1. Dilaporkan juga bahawa K-15 itu terdiri daripada Melayu, India, Cina dan Iban. Tetapi kenapa tiada nama/gambar kaum Cina, India dan Iban dalam senarai yang menyerah diri dan ditahan. ( cuba kaitkan dengan fakta (1.) di atas )

  2. Pihak media dengan pantas menyebarkan dengan detail peristiwa pencerobohan kem tentera dan senarai peralatan tentera yang dirampas dan hilang. Daripada sumber manakah pihak media memperolehi maklumat berkenaan tanpa terlebih dahulu disiasat dan diumumkan oleh pihak tertinggi tentera atau Menteri Pertahanan.

Pihak yang memberi maklumat kepada pihak media tanpa merujuk dan melalui ketua jabatan boleh diambil tindakan tatatertib( sila rujuk Perintah AM Kakitangan Awam ).Ini juga melanggar Akta Rahsia Rasmi.

  1. Pihak berkenaan hendaklah dapat membuktikan bahawa 3 buah pajero dapat membawa 15 orang dan bersama kesemua peralatan tentera seperti jumlah yang dilaporkan. Disamping itu juga dapat membuktikan kesemua senjata yang dirampas itu dapat dimuatkan ke dalam pajero dalam masa 20 minit.  

    (sudah pasti separuh atau sebahagian daripada mereka akan mengawasi dan mengawal keadaan)

  2. Lt. Jeneral Zaini hendaklah membuat kenyataan umum bahawa CERITA GILANYA adalah gara-gara terpengaruh dengan Cerita Tamil/Hindustan atau kartoon kanak-kanak.

     Jika persoalan dan fakta di atas dapat diterangkan dengan bukti dan fakta waras maka;

      …………AKU PERCAYA JENAYAH DI SAUK ADALAH BENAR……..

      TETAPI, Jika gagal meyakinkan dan dapat dijelaskan dengan bukti dan fakta waras maka;

AKU PERCAYA MEMANG BENARLAH DRAMA SAUK ADALAH PERANCANGAN DAN KERJA ORANG GILA  

Wassalam…..

Catatan KENARI2000

Jumpa lagi……………….

 

 

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com