|
PENGARANG BERITA HARIAN AKAN DIREHATKAN
Terdapat
beberapa pendapat bahawa pengarang akhbar Berita Harian akan direhatkan tidak lama lagi.
Akhbar
itu telah menyiarkan berita-berita tentang tragedi itu di muka hadapannya pada hampir
setiap hari sejak tragedi tersebut berakhir. Tiga atau empat muka juga telah dikhaskan
setiap hari untuk berita tentang kumpulan Al-Ma’unah.
Buat
pertama kalinya Berita Hairan nampak lebih ke hadapan di dalam menjadi alat penyebaran
“maklumat” Kerajaan Barisan Nasional dari Utusan Malaysia.
Walau
bagaimanapun usaha-usaha yang dilakukan oleh Berita Hairan ini gagal untuk mempengaruhi
sentimen rakyat. Penyiaran berita kes Al-Ma’unah ini yang terlampau kerap telah
“backfire” oleh kerana ianya telah mengakibatkan “overkill” kepada isu ini. Ramai
yang telah menyatakan rasa meluat dan menyampah dan berita ini telah menjadi
“insignificant” atau “non-issue” kepada mereka.
Tinjauan
ke beberapa tempat di Lembah Kelang menunjukkan bahawa orang-ramai tidak lagi berbincang
atau bercakap di kedai-kedai kopi tentang isu Al-Ma’unah.
Dan
yang lebih mencemaskan UMNO ramai yang pada mulanya percaya kepada apa yang ditulis di
dalam suratkahbar-suratkhabar telah mula goyah di dalam pendirian mereka. Penyiaran berita
yang bertubi-tubi dan kadang-kala mengutarakan perkara-perkara yang tidak logik atau
remeh-temeh juga membuat mereka mengandaikan bahawa terdapat sesuatu yang tidak kena.
Ini
ditambah pula dengan usaha media-media yang kuasai oleh UMNO untuk melibatkan PAS di dalam
isu Al-Ma’unah. Pada masyarakat apabila PAS cuba dilibatkan maka sudah terserlah akan
agenda politik di sebalik tragedi di Sauk itu.
Pada
masyarakat PAS dan Barisan Alternatif sudah cukup selesa dengan sokongan yang padu dari
rakyat maka dengan itu adalah tidak masuk akal untuk terbabit dengan apa yang
dispekulasikan oleh media-media tersebut.
Maka
sebab itulah Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa beliau sendiri akan membuat
pengumuman tentang isu Al-Ma’unah ini di televisyen. Oleh itu nampaknya pengarang Berita
Harian akan mengalami nasib yang sama seperti A. Kadir Jasin dan Zainuddin Maidin sebelum
ini.
Bakhtiar
Effendi
|
Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com |