SELOKA : PERISTIWA RAW (BHG.
2)
Assalamu’alaikum warahmatullah
wabarakatuh!
Salam Sejahtera
SELOKA : PERISTIWA RAW
Rakyat fikirkan peristiwa dah
tamat ,
Tapi akhbar perdana masih melapur hebat ,
Diperhatikan macam dibuat-buat ,
Perampok pengganas sedang beristirehat
Maka dipaparkan juga si tali
gantung ,
Sangkutnya di suatu pohon nan condong ,
Lagi nampak macam nak berbohong ,
Tali digantung paras hidung
Dari Sauk ke Bukit Jenalik ,
Mendengar cerita yang pelik-pelik ,
Skrip ditulis langsung tak menarik ,
Jalan cerita tunggang terbalik
Gambar perampok sedang ditahan ,
Disiarkan dalam berita hairan ,
Adakah ianya bikin-bikinan ,
Aksi lakonan dalam senyuman
Pak Mahat
bersuara dengan bergaya,
Kumpulan perampok berkait agama ,
Tapi rakyat tak mudah diperdaya ,
Al-Mau’nah mungkin telah dianiaya
Senjata dirampas amatlah banyak ,
Singgah di Lawin mengisi minyak ,
Ikuti komedi bercampur lawak ,
Beruk dan monyet pun terbahak-bahak
Cerita diolah begitu rapi ,
Terasa seolah semacam bermimpi ,
Begitu banyaknya senjata api ,
Peristiwa tamat dalam sunyi sepi
Berita meluas akhbar perdana ,
Dibaca orang seantero dunia ,
Cerita hebat tapi tak ke mana ,
Rakyat tahu siapa perencana
Pak Lah berasa sedih dan duka ,
Rakyat masih berburuk sangka ,
Tapi rakyat telah bijak meneka ,
Bila drama ditertawa beruk dan ungka
Lawak sensasi di alaf baru ,
Diperhatikan orang penuh terharu ,
Ajaran sesat kini diburu ,
Isu terkini yang haru biru
Akhbar perdana terus mengupas ,
Memainkan cerita kononnya berasas ,
Mereka mendakwa akhbar bebas ,
Kenapa kaitkan Al-Mau’nah dengan PAS
Sauk dan Kati kembali tenang ,
Setelah menjadi seolah medan perang ,
Siapa berminat bolehlah datang ,
Peristiwa sensasi untuk dijadikan wayang
Perampok tentera dianggap
penjenayah ,
Merampok senjata Kem Wataniah ,
Jangan dilupa kes di mahkamah ,
Saudara kita terus difitnah
Keterangan Shafie memang hebat ,
Semua rakyat pun terperanjat ,
Maka untuk mengalih perhatian cepat ,
Peristiwa Sauk pun terus diperlihat
Dia mengelak pergi mahkamah ,
Pelbagai alasan tak munasabah ,
Rakyat perhati penuh tabah ,
Lambat laun ia akan rebah
Setakat ini dapat kucoretkan ,
Khas buat pelayar sekelian ,
Diharap kita dapat bezakan ,
Antara tulin dengan mainan.
Sekian Terima Kasih
(Putra
Reformasi)
|