MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

MAKLUMAT TAMBAHAN EPISOD RAW

Minda Rakyat akan terus menyalurkan maklumat yang sahih untuk tatapan pembaca sekelian. Beberapa hari lalu, kumpulan penjenayah Al-Ma'unah tersebut dipindahkan dari IPD Ipoh ke Kem PPH Ulu Kinta, Perak. Perpindahan ini ada dirakamkan oleh siaran berita media perdana.

Semenjak menyerah diri pada petang 6 Julai lalu, kumpulan penjenayah Al-Ma'unah ditempatkan di IPD Ipoh. Menurut maklumat perisik khas kita, siasatan yang dibuat ala kadar dan bukanlah berbentuk 'serius'. Tahanan mampu bergurau senda antara satu dengan yang lain dan juga dengan beberapa orang pegawai polis yang dikatakan mengawasi mereka.

Minda Rakyat masih menunggu laporan dari perisik khas kita untuk laporan selanjutnya semasa dalam tahanan di Kem PPH Ulu Kinta. Menurut sumber tertentu yang masih belum dapat disahkan terdapatnya percubaan untuk membentuk sebahagiannya sebagai 'kurang siuman'. Apakah ini satu percubaan mengelakkan tindakan ke atas kumpulan penjenayah ini?

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com