EPISOD SAUK: PEMBOHONGAN BN
Tuan/Puan, Kecohnya peristiwa Sauk belum reda dalam berita arus perdana.
Yang terbaru pula kata "Pembangkang Pembohong". Eeewah...sedap betul kata
Pemfitnah ini. Berikut adalah pemahaman saya sebagai "layman" berkaitan kes
Sauk.
- Rompak senjata tentera, cabut lari tak sampai 100 kilometer, isi minyak lepas
rompak, test senjata, BUKAN ker ini rompakan tak "real". Kalau orang
kata lakonan, budak sekolah Tadika KEMAS pun percaya.
- 15 orang yang merompak dan telah memiliki senjata bahaya. Kesalahan jelas
tanpa ragu. KENAPA tak dituduh di Mahkamah dan boleh dihukum bunuh sampai mati.
Ini menyebabkan budak sekolah Tadika KEMAS akan kata sebenarnya mereka tu pelakon.
Ingat, kes Nallakarupan, baru miliki peluru dah diacah nak di hukum mati, dan sempat
tawar menawar pulak tu.
- Rompak senjata di kem tentera. Rasanya di Afrika pun tak berlaku rompakan
sedemikian. MALU rasanya saya sebagai rakyat Malaysia. KENAPA
dihebohkan bagai nak rak. Tak ada kerahsian langsung. BUKAN ker ada udang galah
disebalik meehon siam?.
- Kita akan tunggu "Kertas Putih". Cadangan BA tubuh Suruhanjaya
Diraja siasat kes ini dilaksana tau tidak. Sepatutnya BNlah cadangkan kalau kes itu
rompakan yang sebenar. Ingat kes Memali, tak ada Kertas Putih, tetapi bila depa
bercakaran, habis semua tembelang pecah.
- Bermotifkan Politik?. Haiii..macam tau-tau jer. INGAT, ini motif politik Hang
tau. Dengan ini BA akan diharamkan dan Kerajaan Pusat tak payah bayar 5% royalti
minyak kat Kerajaan Pimpinan Ulama' Terengganu..kan..kan..
- Nak buat "roadshow?". KENAPA, dah rasa rakyat tak percaya lagi
dengan auta Hang tu. Bagus jugak cadangan tu. Jadi, BA pun boleh tumpang
sekaki untuk sama-sama buat penerangan ke peringkat akar umbi. Jangan lepaskan peluang
wahai..BA.
- Ajaran sesat?. Setuju. UMNO - fahaman assobiyah, Kassim Ahmad ahli UMNO - Anti
hadith, Astora Jabat, pendokong kuat dan kagum pemikiran PM - Pertikai perintah Allah
dalam Al-Qur'an (bertudung), ada yang pertikai ucapan sallam seumpama macam ucap
selamat pagi, perlekeh Nabi SAW dan banyak lagi.
INGAT, hal sebegini tiada dalam kamus PAS. Sebenarnya mereka telah mengistiharkan
kesesatan diri mereka sendiri. Sekian.
Dulu BN sekarang BA.
|