|
MAKLUMAT TAMBAHAN EPISOD RAW Menurut penduduk-penduduk Kg. Jenalik Hilir dan Hulu, mereka sudah menyedari kehadiran anggota kumpulan Al-Ma'unah semenjak sekurang-kurangnya 2 atau 3 bulan lalu yang 'berkampong' di atas bukit tersebut, mendalami ilmu agama. Kepada penduduk di sekitar Kuala Kangsar, Padang Rengas, Lenggong dan Larut Matang dan Selama, amalan 'berkhalwat' adalah perkara biasa kepada mereka yang ingin mendalami ilmu agama kerana ianya adalah satu dari ciri-ciri amalan Rasulullah yang 'berkhalwat' sebelum beliau didatangi Jibrail yang membawa perkhabaran mengenai kerasulan baginda. Justeru itu tempat yang sunyi, terasing dari hiruk pikuk dunia dan gua-gua kecil yang banyak terdapat sekitar kawasan daerah-daerah yang disebutkan di atas mengizinkan kepada mereka yang ingin berkhalwat mengasingkan diri untuk mencapai tahap 'zuhud'.
Berbalik kepada episod RAW yang dibicarakan, maka kuatlah teori seorang Inspektor dari IPD
Perak (pejabat sebenar dirahsiakan) bahawa kehadiran 15 anggota berpakaian tentera yang
membawa senjata ke Bukit Jenalik itu tanpa pengetahuan ahli-ahli perkumpulan Al-Ma'unah
yang ketika itu sedang berkhemah dan berkhalwat di sana. |
Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com |