MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

AYUH! KITA TERUSKAN AGENDA KITA

Rakan-Rakan BA,

Isu Al Ma'unah telah membawa banyak hikmah dan pengajaran kepada BA. Antara hikmahnya adalah laman-laman reformasi telah menerima kunjungan pembaca yang bertambah mendadak baik di dalam negara dan juga luar negara. Itulah sebabnya kita harapkan agar penulis-penulis veteran dan pakar politik  turut serta dalam gelanggang laman reformasi. Jangan lupa bahawa berita reformasi adalah diikuti 24 jam seantero dunia!. Kita mesti menggunakan kesempatan ini semaksima mungkin.

Laman-Laman Reformasi sebenarnya telah menjadi akhbar harian bagi kalangan penyokong BA , yang masih atas pagar dan sebahgian penyokong BN. Malahan berita di laman reformasi adalah lebih terkini berbanding dengan akhbar harian media BN sendiri. Justeru webmaster yang bercengkang mata menguruskan laman-laman web reformasi wajar sekali diberi penghargaan.

Tuan-tuan tentu setuju kalau saya cadangkan kita hulurkan bayaran kepada webmaster. Tapi bagaimana?. Mereka tentu tidak mahu dikesan. Sepertilah juga dengan kebanyakan penulis yang menggunakan nama-nama samaran termasuk saya sendiri. Inilah cabarannya.Kita tidak mahu webmaster hilang 'mood' dan 'momentum'nya. Kita mahu webmaster terus segar dengan menghidangkan berita paling terkini lagi bisa menggerakkan semangat pembaca untuk terus berjuang. Peranan webmaster reformasi yang sudah dan sehingga kini amatlah penting malahan tiada ternilai sumbangan mereka itu dengan wang ringgit. Bayangkan jika tiada berita mengenai Isu Al Ma'unah dari laman reformasi tentu ramai yang mudah terikut propaganda BN. Yang demikian wahai pembaca sekelian tolonglah berikan sedikit penghargaan kepada webmaster-webmaster. Fikirkanlah bagaimana caranya.

Tidak mustahil kita boleh mengwujudkan satu laman reformasi  atau meng'upgrade'kan yang sedia ada dengan lebih 'power' lagi dengan menarik minat semua golongan. Dimasa ini saya dapati golongan  17 tahun keatas dan awal duapuluhan lebih tertarik dengan 'chat program' . Bukankah mereka ini bakal pengundi baru BA (jutaan undi!) pada 2004 nanti. Merekalah penentu kemenangan sebenarnya. Undi merekalah yang mesti kita rebut. Saya percaya penyokong BA sedia menghulurkan sedikit wang untuk mengrealisasikan matlamat menarik minat golongan 'pengundi baru itu' . Apakah kita perlukan web khas untuk menarik mereka sekali gus berkempen melaui 'cyber'?.

Berbalik kepada isu Al Ma'unah tadi, antara pengajarannya adalah kita perlu berwaspada akan kewujudan 'sleeping spy'. Bukan sahaja di kalangan organisasi/persatuan dan parti politik tetapi juga di laman-laman reformasi dan webmaster-webmasternya. Jangan percaya 100% (termasuklah tulisan-tulisan dari 'saya' ni -hehe!). Ketaksuban kepada seseorang penulis boleh membuatkan idea penulis itu diterima bulat-bulat. Bayangkan kalau penulis itu punyai muslihat (senang cakap sebenarnya beliau itu adalah SB-Penulis Upahan Mahathir). Silap haribulan kita pun buat cetakan mendadak dan sebarkannya. Atau pun penulis upahan tadi sengaja membuat tulisan bertujuan untuk mengalih isu. Bukankah apa yang berlaku diakhbar boleh juga berlaku di Laman-Laman Reformasi. Oleh itu berhati-hatilah kita supaya tidak termasuk perangkap mereka.

Sahabat-sahabat sekelian,

Fokus agenda kita seterusnya adalah

 Menyelesaikan kemelut kepimpinan

Krisis Marina dan Chandra masih menghantui penyokong dan sebahgian besar pemerhati. Sungguhpun presiden DS Wan Azizah menyatakan bahawa ianya lebih kepada isu peribadi tetapi apabila isi kandungan surat masing-masing telah dibaca maka banyak persoalan yang timbul yang perlu penjelasan. Penyokong-penyokong tentunya inginkan sebuah parti yang telus dan berwibawa. Parti  Keadilan Nasional perlukan pemimpin yang dapat menggerakkan jentera parti dengan cekap dan cepat. Cekap berpolitik dan cepat bertindak kerana kita tidak punya banyak masa menjelang 2004.

 Operasi mengempur akar-umbi (Ops "MENGAUM')

BN mulai 3 Julai telah mengadakan majlis penerangannya ke akar umbi.  Tajuk ceramah mereka adalah "KEADILAN KEMANA TUJUNYA" dan "BENARKAH PAS PARTI ISLAM". Langkah berceramah ini sudah menjadi  kebiasaan oleh BA namun kita lihat disini bahawa BN sudah mulai mengatur gerakkan yang sama sekali gus menggandakan lagi kekuatan jentera KEMAS yang bergerak setiap hari. Ditambah pula dengan media (20 saluran seperti yang dijelaskan oleh Zunar) maka  BA janganlah alpa menyangkakan rakyat akan sedar sendiri.
Biro penerangan BA perlu menggandakan usaha bagi mengempur akar umbi.


 Menyatupadukan ahli BA dengan konsep 'win-win'

Ke empat-empat parti dalam BA  perlu mulai bergerak secara sepadu di peringkat Cawangan dan Bahagian. Tuduh menuduh dan buruk sangka perlu dijauhkan. BA perlu memantapkan 'teamwork' dan strategi penggandingan kekuatan adalah yang terbaik. Kita lihat bagaimana Jepun maju disebabkan konsep 'win-win'nya. Konsep yang dibawa oleh Prof. Dr E. Demings (kini Award Deming merupakan award tertinggi di Jepun). Konsep 'win-win' ini adalah berteraskan saling menghormati kelebihan dan kekuatan lawan. Mengikut Deming kebanyakan sikap yang salah untuk maju ialah apabila kita cuba 'memati'kan musuh/saingan kita.

Seterusnya konsep dalam agama pula menggesa kita menggandingkan 5 kekuatan iaitu Pemimpin, Orang kaya, Ulama', Pemuda dan Wanita.

 Sasaran 'market baru' 18 tahun ke 24 tahun

Langkah BN dalam menawan kelompok ini adalah menerusi 'Rakan Muda'. Apakah langkah BA?. Biro-biro khas perlulah diwujudkan segera bagi menanggani kelemahan yang ada.

Salam perjuangan.

Gerila 'BA"  @  Sarjanops2004@hotmail.com

Nota webmaster:

Jihad ini bukanlah dilakukan sebagai perkara memenuhkan waktu lapang dan ianya bukanlah kerja main-main dan boleh dibuat sambil enteng. Malahan jihad ini adalah sebagai menyahut seruan fisabilillah. 

Walau apa pun tafsiran yang bakal diberikan oleh 'puak-puak' yang berpura-pura Islam itu, jihad ini sudah dipelopori oleh Rasulullah dan para sahabat. Apa ertinya kekayaan kita di dunia ini jika tidak kita sumbangkan walau sedikit untuk jalan Allah. Rezeki ini datangnya dari kurniaan Allah, dan kita pergunakan untuk mengagungkan Allah. Biar kita berkongsi kesempitan hidup kerana biayaan laman ini (walau pun tapaknya percuma) yang melibatkan angka ratusan RM setiap bulan. Kepada yang materialistik, jumlah ini mungkin dapat membiayai ansuran perumahan atau kereta baru.

Namun angka ini kecil berbanding dengan nilai pengorbanan yang telah dilakukan oleh para sahabat dalam menyebarkan Islam waktu perkembangannya lebih 1400 tahun lalu. Mengotakan janji kita kepada Allah tatkala hendak disempurnakan roh waktu dalam kandungan, maka saya mengajak anda sekelian, marilah kita memperbetulkan niat kita melayari alam siber ini untuk berjihad dan mengagongkan Allah serta berusaha menegakkan syariatnya di muka bumi ini.

Ingatlah! Selagi tidak tertegaknya kerajaan Allah yang berpaksikan Al-Quran dan Al-Hadith, selagi itulah kita umat manusia menanggung bebanan dan dosa serta kemurkaan Allah. Justeru menyedari akan tanggungjawab kita selaku insan yang bergelar khalifah di muka bumi Allah ini, maka dengan itulah antara sebabnya kita berjuang selaku tentera-tentera Allah di MEDAN JIHAD ALAF BARU!! 

Harapan saya agar anda dapat menyebarkan url ini kepada mereka yang masih belum mengetahuinya.

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com