MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

EPISOD RAW: SANDIWARA UMNO YANG TERANCANG!!

Episod RAW ialah peristiwa berlakunya rampasan senjata oleh sekumpulan 15 orang tentera berpangkat tinggi diketuai seorang Kolonel iaitu Kolonel Wahid yang merampas senjata pelbagai jenis  dari Kem 304 Rajimen Askar Wataniah 304 Pengkalan Hulu, Perak.

Peristiwa ini berlaku jam 4.30 pagi 2 Julai, 2000 atas desakan memeriksa bekalan senjata dan setor RAW 304. Pada jam 3.00 pagi (1 setengah jam sebelumnya) mereka memeriksa Kem Pos Banding di Hulu Perak yang terletak antara Gerik dengan Jeli (lebuh raya Timur - Barat).

Sebanyak 3 buah pajero dengan muatan senjata melebihi 100 laras, peluru dan 15 pegawai tentera ini kemudiannya pergi ke Bukit Jenalik, Sauk, Kuala Kangsar dan berkubu di sana. Berita media perdana pada 2 Julai telah menyorot rampasan senjata ini sebagai satu percubaan 'merampas kuasa' secara bersenjata di negara ini. Ianya dikaitkan dengan sebuah pertubuhan seni silat Al-Ma'unah yang telah didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1960 pada bulan September, 1998 (selepas peristiwa pemecatan DSAI).

Pada hari yang sama juga (Ahad) PM Mahathir Mohamad bersama anggota Majlis Tertinggi UMNO mengadakan mesyuarat MT mereka yang pertama di luar Kuala Lumpur iaitu di Ipoh. Sebanyak 8 buah kereta perisai telah berkubu mengelilingi rumah MB Perak Dato' Seri Tajol Rosli, seolah-olah akan berlakunya rampasan bersenjata menumbangkan kerajaan BN.

Pada 6 Julai ke semua 15 anggota tentera yang merampas senjata dan ahli kumpulan Al-Ma'unah menyerah diri kepada pihak berkuasa tanpa adanya tembakan dari pihak berkuasa. Mereka dikatakan 29 orang semuanya. Tetapi bilangan itu tidak tepat sehingga ada media melaporkan 28 dan 27 orang. Percanggahan fakta kejadian ini dirakamkan dalam laman ini sebagai ganti penulisan sejarah oleh para sarjana yang tidak mungkin akan menulis sebegini (akibat terkongkong kebebasannya oleh pemerintah).

Justeru itu demi kisah sebenar sejarah politik negara untuk rakaman anak bangsa, Minda Rakyat berbesar hati memaparkan semua kisah tragis, menyayat hati, lucu dan berbagai perasaan dalam episod RAW. Walau pun episod ini telah mengorbankan 4 nyawa kesemuanya iaitu 2 anggota keselamatan,  seorang anggota Al-Mau'nah dan seorang lagi saksi episod ini, berbagai tanggapan dibuat oleh rakyat negara ini berikutan kematian 4 nyawa sedangkan pihak berkuasa mendakwa tiada tembakan yang berlaku.

Pihak kerajaan BN di bawah diktatornya yang zalim Mahathir Mohamad menuduh penglibatan anggota parti pembangkang iaitu PAS sebagai mendalangi, setelah rakyat menyedari pembohongannya melalui sandiwara RAW.

Marilah kita mengucapkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana telah mendatangkan kepada kita sebuah alam di mana dapat jua kita menyatakan rasa penuh keinsafan dan keikhlasan terhadap apa yang sebenarnya berlaku.

Webmaster ingin merakamkan ucapan jazakumullah hukhiaran kathiran kepada semua penulis, penyelidik, penganalisis, perisik khas serta rakyat keseluruhan yang menjadi mata dan telinga kepada semua episod yang berlaku di negara ini khasnya dalam episod RAW. Tanpa mahu menyebutkan nama mereka satu persatu anda akan saksikan sendiri pandangan mereka, analisis mereka serta maklumat yang mereka sampaikan dalam laman ini di ruangan EPISOD RAW.

Jika anda telah melawat laman ini berazamlah untuk menyebarkan url laman ini kepada seberapa banyak rakyat yang lain agar segala pembohongan dan sandiwara yang dilakukan oleh pemerintahan yang zalim itu dapat dilunturkan!!

Polong Cyber
Webmaster Minda Rakyat
23 Julai, 2000

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com