MENGAPA
ANDA GAGAL MELAYARI MINDA RAKYAT?
Salah satu posting di bawah ada yang menanyakan
mengapa mereka tidak boleh membaca artikel-artikel di MR. Salah satu sebabnya
ialah kerana network mereka melalui internal proxy. Berkemungkinan besar proxy
software yang digunakan ialah SQUID iaitu sejenis free license proxy software
untuk UNIX.
Saya tidak tahu apakah ini also applicable untuk
Microsoft's Proxy Server. Proxy ini secara dasarnya adalah untuk mempercepatkan
'downloading time' untuk sesebuah website kerana kandungannya sudah di 'cache'
oleh surfer sebelumnya.
Kalau anda perasan URL untuk artikel-artikel terbaru
MR ialah http://mindarakyat_2.tripod.com.
Yang menyebabkan problem ialah pada character 'underscore' tersebut. SQUID tidak
membenarkan penggunaan 'underscore' pada URL. Saya tak tahu apa sebabnya, tapi
itulah halnya. Selalunya SQUID ini digunakan di network untuk pejabat. Di
cybercafe juga banyak digunakan.
Selain untuk tujuan caching, SQUID juga boleh
dijadikan filtering tool. Jadi pihak SysAdmin boleh menentukan polisi jenis-jenis
site yang boleh dilawati. Kalau SysAdmin anda seorang yang anti-reformasi, nasib
anda memang malang sebab dia boleh blok access ke semua site yang di set
kan.
Juga hati-hati sebab ianya juga punya log untuk cari
siapa pergi ke mana. Jadi untuk selesaikan masalah ini, ada 2 cara : 1) Cari PC
yang tidak lalu proxy server tersebut. 2) Balik rumah surf saja dari
dial-up.
Laksamana Bentan
Nota webmaster: Jazakallah
kepada penulis kerana sudi memberikan penerangan ini..
|