|
UMno GADAI MARUAH MELAYU?
OLEH NASIR AWANG
DALAM satu ceramah umum di Padang Pak Mat, Pasir Putih lebih setahun yang lalu,
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Zulkifli Mamat dengan nada penuh yakin
meletakkan jangka hayat bagi survival parti UMno. Beliau memberi tempoh paling lama
pun hanya sepuluh tahun sahaja lagi bagi UMno untuk terus berkuasa, sebelum parti
itu dikuburkan. Alasannya, perjuangan UMno sudah tidak relevan lagi dengan masa
kini, apatah lagi untuk dekad akan datang.
Sama ada hujah Zulkifli itu
disandari pengkajian dan analisis yang konkrit, beliau sendiri lebih mengetahuinya.
Yang nyata, batang tubuh UMno kini sememangnya nampak kelihatan tapi menunggu masa
untuk rebah menyembah bumi. Perjuangannya jauh menyimpang landasan asal. UMno
kelihatan muflis dari segi idea perubahan dan pembangunan ummah. Dalam kamus UMno
sudah tidak ada rangka kerja yang sesuai untuk dijadikan model pembangunan. Kamus
terkini UMno dipenuhi istilah kronisme, nepotisme, rasuah, politik wang,
penyelewengan, salah laku, keruntuhan akhlak dan gejala sosial. Malah hampir semua
istilah pemusnah nilai kemanusiaan terkumpul di dalamnya.
UMno nyata gagal
dalam rangka kerja pembangunan kemanusiaannya. Apa yang ada hanyalah retorik usang
pembangunan kebendaan. Sedangkan, dalam dunia kini soal kemajuan kebendaan tidak
boleh dijadikan umpan politik. Rakyat sudah sedar bahawa menyediakan pembangunan
kebendaan adalah tugas pemerintah. Mana-mana parti yang memerintah pun, pasti
menyediakan kemudahan infrastruktur kepada rakyatnya.
Rakyat sudah tahu,
China yang diperintah Komunis turut mengadakan jalan raya.Kendaraan di sana tidak
berjalan di atas tanah selut. Kapal terbangnya tidak mendarat dalam semak walaupun
bukan UMno yang memerintah China. Thailand yang diperintah bangsa Siam beragama
Buddha, pun ada taliair, ada jambatan dan balairaya, ada sekolah.
Bahkan,
dalam negara kita, Kelantan yang sudah lapan tahun tidak diperintah oleh BN/UMno,
turut mengadakan pembangunan; ada projek taliair Kemasin-Semarak, ada pelabuhan Tok
Bali, Bandar Baru Kuala Krai, Jambatan Tok Guru, Jambatan Haji Omar. Bandar Kota
Bharu tetap mengalami proses pembangunan setaraf dan serancak bandar-bandar lain
yang diperintah UMno. Ada macam-macam pembangunan walaupun Kelantan miskin dan
kerajaan pusat pula sekat bantuan. Ertinya bukan UMno/BN sahaja yang mampu membawa
pembangunan kebendaan.
Dengan kesedaran rakyat, modal utama UMno meraih
simpati dan undi rakyat semasa pilihan raya sudah tidak setebal dulu lagi. Retorik
pembangunan kebendaan tidak relevan lagi dengan keperluan semasa rakyat negara ini.
UMno
sering mendabik dada, kononnya ia memperjuangkan agama, bangsa dan negara. Lagu
Setia yang sering dikumandangkan melalui media elektronik milik kerajaan saban hari
jelas menyimpulkan bahawa perjuangan kerajaan Malaysia (yang kebetulan kini
diterajui UMno) ialah untuk agama, bangsa dan negara. Namun setelah hampir 45 tahun UMno
menjadi kerajaan, semakin jelas kegagalan parti itu. Malah semakin banyak bukti
bahawa perjuangan UMno jauh menyimpang.
UMno DAN ISLAM
Presiden UMno,
Dr Mahathir Mohamad pernah mendakwa UMno parti Islam ketiga terbesar di dunia.
Malaysia pula dianggap negara Islam contoh oleh negara-negara umat Islam lain.
Sebenarnya
UMno tidak boleh berbangga sangat dengan kerja-kerja yang disifatkan Islam. UMno
tidak boleh rasa ia sudah Islam apabila membina masjid, kerana kerajaan China
komunis pun membenarkan masjid dibina, juga membayar gaji imam-imam. Begitu juga
soal universiti Islam dan bank Islam, di Filipina yang menganut kristian pun ada
universiti Islam (Islamic University of Mindanao) dan bank Islam juga (Phillipines
Amanah Bank). Kalau UMno mahu berbangga kerana kerajaan Malaysia membayar gaji mufti
dan kadhi, kerajaan Siam yang Buddha itu pun ada membayar gaji mufti dan kadhi.
Kerajaan Malaysia anjur musabaqah al-Quran, kerajaan India yang Hindu itu pun hantar
wakil juga untuk musabaqah.
Ertinya, mana-mana kerajaan pun terpaksa meraikan
tuntutan dan keperluan rakyatnya. Itu bukan bermakna kerajaan berkenaan mahukan
Islam.
Tambahan pula fakta-fakta yang menonjol yang diketahui umum dari segi
perundangan (perlembagaan negara gubalan sekular Barat), sikap dan pandangan
pemimpin UMno terhadap hukum Islam (terang-terang menolak perlaksanaan hukum syariah
di Kelantan) dan sistem hidup Islam keseluruhannya (termasuk mencabul kemuliaan hari
Jumaat sebagai cuti mingguan) membuktikan UMno bukan parti Islam dan tidak pernah
meletakkan kerja-kerja memartabatkan agama sebagai agenda perjuangannya.
UMno
JATUHKAN MARTABAT ULAMAK
Sikap jengkel para pemimpin UMno terhadap ulamak
tidak dapat diselindung sama ada melalui tindakan atau perkataan yang menyindir atau
merendah-rendahkan martabat ulamak.
Bagi sesetengah pemimpin UMno, agama
bukan hanya milik ulamak. Mereka mahu mereka juga digelar ulamak. Bagi mereka,
ulamak bukan hanya seseorang yang alim dalam bidang agama, tetapi juga meliputi
bidang-bidang yang lain.
Akhirnya, mereka tidak boleh terima hakikat bahawa
mereka perlu tunduk kepada nasihat dan fatwa ulamak yang bagi mereka tidak kenal
realiti dan masalah sebenar ummah. Ulamak hanya pandai berkhutbah dengan merujuk
kitab-kitab lama sedangkan zaman cepat berubah. Banyak perkembangan yang berlaku
tidak diterangkan dalam kitab-kitab lama.
Mengapa para pemimpin UMno harus
tunduk kepada orang yang, bagi mereka, gagal memahami tuntutan zaman yang serba
canggih ini, yang hanya ingatkan mati dan membiarkan dunia ini dikuasai golongan
bukan Islam. Walhal, bagi mereka, rakyat dapat kemudahan beribadah dalam keadaan
aman dan selesa kerana usaha para pemimpin UMno untuk menstabilkan negara dan
memperteguhkan ekonomi.
Kecenderungan sebilangan pemimpin utama UMno untuk
membuat fatwa dan tafsiran sendiri yang kerap bertentangan dengan ajaran Islam amat
menyiat perasaan umat Islam. Bahkan, mereka pergi lebih jauh dengan menghina
beberapa aspek ajaran Islam itu sendiri. Antaranya yang masyhur ialah:
Assalamualaikum dengan Selamat Pagi sama sahaja.
Saidina Hamzah (yang syahid
di Uhud) tidak dimandi dan dikafankan kerana di negara Arab payah nak dapat air
bukan kerana syahid.
Di zaman Nabi, orang menyimpan janggut kerana tak ada
pisau cukur gillette. Tujuan menutup aurat (perempuan) ialah kerana di zaman Nabi,
Arab jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol
wanita daripada kabilah-kabilah lain.
Malangnya, para pemimpin UMno,
khususnya yang berpendidikan agama, tidak seorang pun menyanggah keceluparan
pemimpin mereka ini. Tidak mustahil sampai ketikanya, UMno akan mengemukakan
beberapa pelan tindakan bagi mengurangkan, hingga ke peringkat minimum, pengaruh
ulamak terhadap orang Melayu setelah berjaya memburuk-burukkan ulamak tanpa mendapat
sebarang halangan daripada ahli-ahli UMno.
UMno Menutup Suara Islam
Jika
ada yang berpendapat, masih ada ruang untuk menyuarakan Islam dari dalam UMno, orang
itu sebenarnya menipu diri sendiri atau tertinggal keretapi. Memang benar dalam UMno
pun ada ulamak. Tetapi ulamak yang diperintah, yang menjadi pak turut kepada
pemimpin sekular. Bercakap hanya dalam ruang lingkup yang dipersetujui oleh pemimpin
tertinggi parti, walaupun terpaksa menyembunyikan kebenaran. Kalau ada di antara
mereka yang agak berani bercakap benar mengenai Islam, tokoh agama itu tidak akan
kekal lama dalam hierarki UMno.
Sejarah membuktikan, Pengerusi Biro agama UMno,
Tuan Haji Ahmad Fuad, seorang ulamak yang menentang penubuhan Loteri Kebajikan
Masyarakat, terpelanting keluar dari UMno sehingga memaksa beliau menubuhkan PAS
bagi meneruskan perjuangannya. Haji Nakhaie Ahmad yang pernah menyanggah pandangan
Dr. Mahathir dalam kes Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan tiga perempuan
Melayu berpakaian tidak senonoh di khalayak ramai beberapa tahun lalu, sampai
sekarang gagal mencari tapak dalam UMno.
Anwar Ibrahim yang dianggap sebagai
tunjang suara Islam di dalam UMno mutakhir ini, dan sering pula berkhutbah dan
menjadi imam, dihalau keluar dari UMno dengan taktik yang sangat jijik dan penuh
keaiban. Seolah-olahnya,UMno lebih rela kehilangan pemimpin utamanya dan sebilangan
ahli-ahlinya, asalkan parti itu tidak dikaitkan dengan imej Islam.
Tidak
cukup sekadar tokoh agama di dalam UMno, mereka yang di luar juga turut di kekang.
Tengoklah apa berlaku kepada bekas Mufti Selangor yang mempertahankan tindakan JAIS
menahan tiga peserta ratu cantik. Bahkan para ahli panel Forum Perdana Ehwal Islam
juga turut ditapis agar bercakap hanya dalam ruang lingkup yang diluluskan oleh
pemimpin UMno. Mereka yang agak lantang seperti Dr. Harun Din (yang mengecam ibadat
sembahyang dilakonkan), Ustaz Ismail Kamus (yang menyebutkan sesiapa mempertikaikan
hukum hudud adalah murtad) dan Dr. Hassan Ali, sudah lama lenyap dari kaca tv.
Tegasnya, UMno berusaha sedaya mungkin agar bukan sahaja partinya, malah kerajaannya
dan tv miliknya tidak menyuarakan Islam sebenar.
UMno BIARKAN UMAT ISLAM
MURTAD
Tidak ada penghinaan yang lebih dahsyat dan menyayat perasaan daripada
gejala kemurtadan yang berleluasa dan dijamin oleh undang-undang. Sebagaimana yang
didedahkan oleh bekas Setiausaha Pergerakan Pemuda UMno, Saifuddin Nasution Ismail
(Berita Harian, 22.3.98) bahawa kegiatan memurtadkan umat Islam, terutamanya
perempuan, dilakukan secara terancang oleh kumpulan tertentu melalui saluran
mahkamah dengan menggunakan peruntukan undang-undang di bawah perkara kebebasan
beragama.
Maka berlakulah rentetan peristiwa bagaimana gadis Islam ditukar
agama mereka secara sah di sisi undang-undang. Antara kes masyhur yang melibatkan
gadis Islam dimurtadkan ialah kes-kes Suzie Teoh dan Jassica Zurich (1988);
Norbaizura Abdullah (1990); Hartina Kamaruddin dan Nor Aishah Bokhari (1997).
Apabila
PAS melalui Ahli Parlimen Marang, Haji Abdul Hadi Awang, mengemukakan usul di
Parlimen agar dibahaskan perkara berkaitan dengan murtad, Parlimen yang dikuasai UMno
dan kerabatnya menolak mentah-mentah usul berkenaan atas alasan ia tidak perlu
disegerakan.
Cubaan kedua PAS ialah mengemukakan lima Rang Undang-Undang
Murtad untuk diluluskan oleh Parlimen. Malangnya rang undang-undang tersebut tidak
boleh dikemukakan untuk dibahaskan. Mengikut peraturan Parlimen, sesuatu rang
undang-undang yang hendak dibahaskan hendaklah dibawa oleh seorang menteri. Apa yang
nyata, tidak seorang pun menteri yang beragama Islam dalam UMno/BN tampil ke hadapan
mengemukakan rang undang-undang berkenaan untuk dibahaskan.
Sikap tidak
sensitif para pemimpin UMno dengan gejala kemurtadan umat Islam memang mudah
difahami.Walaupun kes-kes besar kemurtadan berlaku di akhir 80-an dan 90-an, namun
gejala ini sebenarnya sudah berlaku secara meluas sejak lama sebelum itu. Banci
penduduk dan perumahan Malaysia 1980, misalnya, boleh dijadikan bukti sahih bahawa
wujud orang-orang Melayu yang menganut agama selain Islam. Banci itu mendedahkan,
daripada 6.1 juta penduduk Melayu di Semenanjung Malaysia ketika itu, seramai 4,766
orang Melayu menganut Kristian, 522 menganut Hindu, 746 menganut Buddha dan 456
menganut agama tradisi orang Cina seperti Confucianisma dan Taoisma.
Para
pemimpin UMno yang menerajui kerajaan sudah tentu tahu hakikat ini sejak dulu.
Malangnya, sehingga kini mereka gagal berbuat apa-apa bagi membendung gajala murtad
ini daripada berterusan. Sebaliknya, undang-undang yang memberi ruang umat Islam
dimurtadkan secara sah itu terus dijunjung oleh mereka. Malah, mereka tidak malu
menolak usaha mewujudkan undang-undang anti-murtad, kononnya ia tidak perlu
disegerakan.
UMno DAN BANGSA MELAYU
Pada prinsipnya, UMno adalah parti
yang memperjuangkan kebangsaan Melayu. Betapa taksubnya UMno kepada istilah Melayu,
sehingga ia merasakan hanya UMno sahaja satu-satunya parti orang Melayu yang
benar-benar memperjuangkan martabat bangsa Melayu di negara ini. Sebab itu,
pemimpin-pemimpin UMno sering mendakwa, kononnya jika UMno (BN) kalah dalam pilihan
raya, kuasa politik orang Melayu akan terhakis.
Slogan Hidup Melayu sering
mewarnai rapat-rapat UMno, sama ada secara tertutup atau terbuka. N.J. Funston
menulis di dalam bukunya, Malay Politics in Malaysia: A Study of PAS and UMno: Boleh
dikatakan UMno mempunyai satu ideologi yang jelas mengenai satu isu sahaja, iaitu
mengenai semangat kebangsaan Melayu. Walaupun pada praktiknya ia memberikan
orang-orang bukan Melayu peluang yang banyak, ia sentiasa berpegang kepada satu
konsep sempit bangsa Melayu dan sebenarnya lebih perkauman daripada apa yang
dilihat.
Tepat sebagaimana yang disimpulkan oleh Funston, UMno sememangnya
memberikan orang-orang bukan Melayu peluang yang banyak. Malah, terlalu banyak,
terutama kepada kerabat-kerabat mereka di dalam BN. Beberapa pemerhatian di bawah
boleh dijadikan ukuran sejauh mana komitmen UMno terhadap perjuangan Melayunya.
UMno
GAGAL PERTAHAN KETUANAN POLITIK MELAYU
Antara agenda utama perjuangan UMno
ialah mempertahankan ketuanan politik Melayu. Manakala ketuanan politik dalam sebuah
negara demokrasi seperti Malaysia dinilai pada jumlah kerusi Dewan Rakyat dan Dewan
Undangan Negeri yang dimenangi tokoh-tokoh politik sesuatu kaum. Dalam konteks
perjuangan UMno, parti itu boleh dianggap berjaya andainya kedua-dua peringkat Dewan
Rakyat dan Undangan Negeri didominasi oleh ahli-ahli politik dari kalangan Melayu.
Sejarah
menunjukkan perjuangan UMno mempertahankan ketuanan politik Melayu telah gagal.
Kuasa pegangan politik Melayu, sama ada di peringkat persekutuan mahupun
negeri-negeri semakin berkurangan. Beberapa pemerhatian di bawah boleh dijadikan
bukti kegagalan UMno.
Ahli Dewan Rakyat Melayu
Ditinjau penguasaan
kerusi Dewan Rakyat sejak Pilihan Raya Umum 1959 menampakkan UMno amat tidak bermaya
mempertahankan penguasaan orang Melayu dalam Parlimen. Itu pun diambil kira semua
Ahli Parlimen berbangsa Melayu, tidak kira sama ada daripada UMno atau bukan UMno,
termasuk MP daripada PAS, DAP, dan lain-lain.Perangkaan berdasarkan Melayu/Bukan
Melayu dan peratus penguasaan Melayu dalam Dewan Rakyat adalah seperti berikut:
Kemerosotan ini wujud bukan kerana kerusi itu terlepas daripada BN kepada
pembangkang. la wujud apabila UMno tidak berupaya menolak tekanan parti bukan
Melayu/Islam lain dalam Barisan Nasional terhadap pengagihan kerusi. Hasilnya, UMno
menyerahkan kerusi yang asalnya ditandingi oleh calon Melayu kepada parti kerabat BN
bukan Melayu. Contohnya, dalam Pilihan Raya Umum 1990 sahaja, sebanyak 37 kerusi
Parlimen dan Dewan Undangan Negeri majoriti pengundi Melayu diserahkan oleh UMno
kepada parti kerabatnya untuk ditandingi oleh calon-calon bukan Melayu (juga bukan
Islam).
Jumlah itu termasuklah 13 kerusi Parlimen dan 24 kerusi DUN, dan
tidak termasuk kerusi-kerusi seumpama itu yang sudahpun ditandingi calon bukan
Melayu dari BN sebelum itu.
Di antara kerusi-kerusi Parlimen majoriti Melayu
yang diserahkan kepada MCA dan MIC dalam Pilihan Raya Umum 1990 ialah Padang Serai
(55.2% Melayu), Alor Setar (54.8%), Lipis (53.2%), Pontian (52.2%), Kapar (60.0%),
Ampang Jaya (68.5%), Selandar (50.8%) dan Telok Kemang (51.3%).
Singapura
Dengan
bersetuju menyertai Malaysia pada 16 September 1963, Singapura mendapat kemerdekaan
daripada Inggeris. la juga memperolehi pelbagai keuntungan dari segi ekonomi.
Setelah semua keistimewaan itu diperolehi oleh Singapura, Presiden UMno, Tunku Abdul
Rahman Putra mengisytiharkan perpisahan Singapura daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965
atas pertimbangan politik semasa. Seolah-olah UMno memberi pulau itu secara percuma
kepada bangsa Cina. Sejak itu Singapura diperintah oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP)
pimpinan Lee Kuan Yew, dan tidak henti-henti menimbulkan masalah politik kepada
Malaysia. Antaranya, beberapa pengeseran yang pada hakikatnya menyentap maruah
bangsa Melayu sebagai tuan politik negara ini. Contoh ketara ialah ketidakupayaan UMno
menangani isu-isu Pulau Batu Putih, CIQ Tanjung Pagar dan pencerobohan ruang udara
Johor dan tentera udara republik berkenaan.
Pulau Pinang
Dalam pilihan
raya umum pada 10 Mei 1969, UMno (Perikatan) ditolak mentah-mentah oleh rakyat Pulau
Pinang. Parti itu hanya menang di.empat kerusi, manakala parti Gerakan Rakyat
Malaysia (GRM) menguasai DUN Pulau Pinang dengan memenangi 16 daripada 24 kerusi.
Baki empat kerusi lagi dimenangi
Sabah
Semenjak menyertai Malaysia pada 16 September1963, Sabah diperintah oleh parti-parti
kerabat Perikatan iaitu Usno dan Berjaya. Kedua-dua parti tersebut dipimpin oleh
orang Melayu. Apabila Parti Bersatu Sabah (PBS) yang merupakan serpihan Berjaya,
pimpinan Joseph Pairin Kitingan berjaya menguasai DUN Sabah melalui Pilihan Raya
Umum Negeri pada 5-6 Mei 1986, bermulalah era bukan Melayu menerajui kerajaan negeri
Sabah.Walaupun BN berjaya merampas kembali Sabah daripada PBS dalam pilihanraya Umum
Negeri 1994, UMno yang menerajui BN terpaksa membayar harga yang mahal untuk jawatan
Ketua Menteri Sabah. Sistem giliran terpaksa diperkenalkan. la secara langsung
membuka peluang yang mudah untuk parti minoriti bukan Melayu menguasai majoriti
tempoh pemerintahan BN di Sabah secara nisbah 1:2, iaitu satu penggal (dua tahun)
untuk Melayu dan dua penggal untuk Cina dan Bumiputera Bukan Islam.
Kementerian
Penting
Kementerian Kesihatan, Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos dan
Kementerian Kerjaraya adalah antara kementerian penting yang sudah sekian lama
dimiliki oleh menteri-menteri dari kalangan bukan Melayu. Kini, penguasaan ahli
politik bukan Melayu menular pula ke dalam kementerian-kementerian lebih penting
seperti Kementerian Pendidikan dan Kementerian Dalam Negeri. Kedua-dua kementerian
tersebut sudah memiliki timbalan menteri dari kalangan bukan Melayu.
UMno
Gadai Tanah Rizab Melayu?
Suatu ketika, keluasan Tanah Rizab Melayu (TRM) di
negara ini mencapai 3 juta hektar. Kini tanah tersebut hanya tinggal 1.7 juta
hektar. Dalam satu laporan pada Jun 1998, Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan
Pembangunan Koperasi memberitahu, di Selangor, sebanyak 8,299.9 hektar TRM hilang
statusnya untuk memberi laluan kepada projek pembangunan. Dari jumlah tersebut,
hanya 2,833.48 hektar atau 34 peratus diganti semula oleh kerajaan negeri. Bakinya
tidak diganti, atau mungkin terus lesap.
Walaupun banyak TRM diambil untuk
tujuan kebaikan umum, tetapi ada juga kes di mana TRM dirampas atas sebab yang tidak
dapat diterima, termasuk untuk tujuan mencari keuntungan peribadi, dengan
menggunakan peruntukan akta tanah negara. Berikut adalah beberapa kes yang menonjol:
Pada tahun 1990, seramai 80 penduduk Pantai Chenang Langkawi, diambil tanah mereka
oleh Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah untuk projek pelancongan Pelangi Beach
Resort.
Pada tahun 1994, Kerajaan Negeri Sembilan mengambil 930 hektar tanah
milik 666 penduduk Kampung Mambau, Mukim Rasah untuk pembangunan Seremban II.
Pada
tahun 1993, Kerajaan Negeri Kedah mengambil tanah petani di Kerpan, melibatkan 167
lot di kawasan 1,000 ekar untuk projek ternakan udang harimau.
Di Georgetown,
Pulau Pinang, TRM hanya tinggal 0.07 peratus pada tahun 1996, walaupun kawasan itu
dahulu banyak tanah wakaf dan tanah milik sekolah agama. Di Bayan Lepas dahulu ada
500 keluarga Melayu, tetapi sekarang sudah hilang lenyap. Kawasan TRM ini bertukar
menjadi tapak industri dan perumahan.
Di bandar-bandar utama seperti Kuala
Lumpur, Ipoh, Melaka, Kuantan dan Johor Bahru, TRM sudah tidak sampai 10 peratus.
Ini semua adalah ekoran kebebasan yang diperuntukkan dalam Akta Pengambilan Tanah
1960.
UMno HAKIS HAK-HAK ISTIMEWA MELAYU?
Penghakisan TRM yang berlaku
ini juga tidak memeranjatkan, kerana UMno seolah-olah merestui Hak-hak Istimewa
Orang Melayu, termasuk TRM, dihapuskan. Itulah apa yang dapat difahami dari apa yang
berlaku di satu perhimpunan agung UMno beberapa tahun yang lalu. Presiden UMno, Dr.
Mahathir menghina kewujudan TRM dan Hak-hak Istimewa Orang Melayu dan ucapan beliau
diberi tepukan gemuruh oleh perwakilan UMno. Mahathir, antara lain menyebut, konsep
Rizab Melayu menjadikan orang-orang Melayu sama taraf dengan Red Indians (penduduk
Peribumi) di Amerika Syarikat, yang terpaksa hidup atas belas ihsan Indian Reserves.
Keterlanjuran
UMno mencabar kedaulatan Raja-Raja Melayu juga suatu yang sangat terserlah.
Sedangkan kedudukan institusi raja dalam masyarakat Melayu adalah lambang keagungan
bangsa sejak zaman berzaman. Melalui pindaan Perlembagaan Negara 1983 dan kod Etika
Raja-raja 1992 UMno secara sengaja meletakkan Raja-Raja Melayu tidak lebih daripada
sekadar simbol dalam pemerintahan negara. Mereka tidak mempunyai apa-apa kuasa,
malah terpaksa tunduk kepada onasihato Perdana Menteri atau Menteri Besar
masing-masing dalam hal-hal berkaitan pemerintahan.
Perjuangan UMno untuk
mendaulatkan bahasa Melayu, satu lagi hak istimewa orang Melayu sebagai peribumi
Malaysia juga sebenarnya cakap tak serupa bikin Stesen-stesen tv dan radio semakin
galak menggunakan bahasa selain Melayu sebagai medium komunikasi. Universiti dan
kolej swasta dibenarkan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Malah
beberapa pemimpin UMno sendiri lebih senang berbahasa Inggeris, termasuk ketika
memberi kenyataan kepada media massa tempatan.
Perlakuan-perlakuan tidak
bertanggungjawab UMno terhadap bangsa Melayu yang menjadi teras perjuangannya itu
menyebabkan semakin ramai orang Melayu yang hilang kepercayaan terhadap parti itu.
Perjuangan UMno tidak relevan lagi dengan pembelaan bangsanya sendiri.
UMno
DAN NEGARA
Sebagai parti yang menerajui pemerintahan negara, UMno sering
dilihat menjuarai kempen-kempen patriotik. Melalui Kempen Cintai Malaysia, misalnya,
rakyat disuakan dengan pelbagai ucapan, lagu dan propaganda betapa pentingnya
menanamkan semangat cintakan tanahair sendiri. Begitu juga dengan slogan Negara
Kita, Tanggungjawab Kita sempena Hari Kemerdekaan yang lalu.
Tidak ada
sesiapa dari kalangan rakyat Malaysia yang wajar membantah kempen seumpama itu.
Itulah semangat yang mesti dipegang oleh setiap rakyat yang merdeka, apatah lagi UMno
yang mendakwa juara jatidiri negara. Halacara politik dan ekonomi negara mestilah
ditentukan sendiri oleh anak bangsa Malaysia.
Persoalannya, selepas lebih 40
tahun negara mencapai kemerdekaan, apakah UMno (sebagai teraju kerajaan) berjaya
mewujudkan jatidiri negara, dalam politik atau ekonominya?Adakah halacara politik
dan ekonomi Malaysia ditentukan oleh anak negerinya sendiri sekarang ini?
UMno
RELAKAN CAMPUR TANGAN ASING?
Betapa UMno, sejak dahulu lagi, ada saham
terhadap campur tangan asing dalam pemerintahan negara diungkapkan dengan baik oleh
Subky Latif lewat tulisannya, Hubaya, hubaya dikuasai orang asing, Harakah, 25
Disember 1998. Berikut dipetik sebahagiannya: "Sejak rakyat (Malaysia)
menuntut kemerdekan, British telah menentukan bahawa kemerdekaan tidak boleh
dituntut oleh orang Melayu sahaja. Semua kaum mesti diajak berkuasa sama, baru
kemerdekaan diperolehi. Ketika hendak mencapai kemerdekaan, negara tidak dapat
menentukan perlembagaan sendiri. Maka Lord Reid diajak sama untuk merangka
perlembagaan.
"Bukan sekadar Lord Reid, habis hakim-hakim dari
India dan lain-lain negara diminta duduk dalam Suruhanjaya Reid bagi menentukan
perlembagaan negara. Hingga hari ini (perlembagaan itu) tidak boleh dipinta lagi.
"Di
zaman Dr Mahathir (menjadi Perdana Menteri) dalam masa 17 tahun ini, Malaysia tidak
sunyi dari ditentukan oleh kuasa asing.Untuk memecat Tun Salleh Abbas (sebagai Ketua
Hakim Negara) dan beberapa orang hakim lagi, Dr Mahathir tidak sekadar menggunakan
orang dalam negeri. Dia memungut hakim dari Singapura, hakim dari Sri Langka dan
entah dari mana 1agi untuk bersama-sama memasukkan hakim-hakim kita ke dalam bakul
sampah mahkamah." Subky juga turut mengemukakan beberapa contoh lagi yang
jelas membuktikan bahawa campur tangan kuasa asing dalam pemerintahan negara sudah
wujud sejak UMno mula memerintah negara. Antara yang terbaru ialah syarat agar
Malaysia membenarkan kehadiran pasukan kriket Israel ke negara ini sekiranya
Malaysia mahu menjadi tuan rumah kejohanan itu. Malaysia akur kepada syarat
tersebut.
UMno MUDAHKAN ORANG ASING BELI BUMI MALAYSIA?
Bermula 22
April 1998, akibat dari kemelesetan ekonomi, kerajaan Malaysia pimpinan UMno
melakukan satu lagi kesilapan besar dalam aspek kedaulatan negara. Berasaskan tujuan
yang jelas bagi menyekat kerugian tokoh-tokoh korporat di sektor binaan, kerajaan
membenarkan orang asing membeli semua hartanah yang berharga RM250,000 ke atas.
Kerajaan menghapuskan levi kepada warga asing dalam pemilikan hartanah tersebut. Ini
meliputi semua jenis unit termasuk rumah kediaman, rumah kedai, ruang perniagaan dan
ruang pejabat. Syaratnya amat minima, iaitu pembiayanya mestilah bank asing.
Apabila
syarat ini dipenuhi, kelulusan akan diberi secara automatik. Arahan dikeluarkan oleh
Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC), Ali Abul Hassan (sekarang Gabenor Bank
Negara). Menurutnya, langkah ini mengambil kira cadangan dari Majlis Tindakan
Ekonomi Negara (MTEN) hasil desakan pihak korporat yang berkaitan dengan sektor
hartanah.
Melalui Kempen Pemilikan Rumah yang dilancarkan kerajaan antara 12
Disember 1998 hingga 12 Januari 1999, kemudahan dan kelonggaran lain pula disediakan
untuk memudahkan warga asing memiliki hartanah. Warga asing yang berada di luar
negara akan menerima financial margin sehingga 50 peratus dari bank-bank di
Malaysia, manakala bagi mereka yang bekerja di negara ini menerima kemudahan
pinjaman sama sebagaimana rakyat Malaysia (iaitu sehingga 90%). Sedangkan sebelum
ini, setiap warga asing yang mahu memiliki hartanah di negara ini disyaratkan
memperolehi pinjaman bank-bank luar negara.
Rakyat bimbang langkah kerajaan
pimpinan UMno ini, sama ada disedari atau tidak, memudahkan warga asing membeli bumi
Malaysia seinci demi seinci bertopengkan kempen yang kononnya bertujuan memudahkan
rakyat sendiri memiliki rumah sendiri.
Kedua-dua bentuk campur tangan politik
dan penglibatan ekonomi orang asing di negara ini secara diundang itu adalah bukti
sejauhmana kesungguhan UMno mewujudkan jatidiri negara. Nyata sekali, rakyat ada
sebab untuk mempersoalkan keikhlasan dan kesungguhan UMno membela kedaulatan negara
ini.
KESIMPULAN
Ringkasnya, UMno ternyata gagal dalam perjuangannya
untuk kedaulatan agama, bangsa dan negara. Perjuangan UMno kini nyata sudah tidak
relevan lagi dengan keadaan masyarakat. la tidak berjaya mempertahankan teras
perjuangannya sendiri itu, sebagaimana yang diamanahkan oleh rakyat. Dahan atau
batang yang hilang teras, sifatnya berongga. Barang berongga amat rapuh dan tidak
akan dapat bertahan lama.
Maka, sudah sampai masa rakyat mencadangkan agar UMno
dibubarkan. Rakyat perlu beralih kepada pimpinan baru, dan jangan terus bergayut
pada dahan UMno yang rapuh. |