KRONOLOGI MEMALI - Rahsia
PDRM
Awalkata: Artikel asal ada tersiar di
Webantu.
Berikut adalah satu artikel dalam suratkhabar
Kayhan International bertarikh 22 Disember 1985 yang masih saya simpan (sejak 15 tahun
yang lalu). Berikut adalah isi artikel tersebut tanpa beberapa section yang tak
signifikan kerana tak larat nak taip. Tujuan artikel ini diterbitkan sekarang kerana ada
ciri-ciri yang menarik yang akan saya ulas menyusul nanti. Terdapat banyak persamaan kes
ini dengan kes Al Ma'unah dan kes AI - iaitu beberapa pihak diberi arahan yang
'mengelirukan' serga pihak yang tiak bersalah diperangkap oleh 'misinformation'
ini sehingga mengakibatkan insan-insan tertentu dihukum, dibunuh, atau diaibkan sebegitu
rupa. Komen saya akan menyusul... Insya-Allah. Yang penting polis sudah dirobotkan oleh
Mahathir yang berada di Cina pada waktu tragedi ini dan PDRFM Bukit Aman menyempurnakan
rancangan Mahathir. Siapakah ketua polis masa itu? Cuba teka!
- Webantu -
OPERASI HAPUS DI MALAYSIA
Assalamualaikum,
Saya mengirimkan satu
liputan khas mengenai Memali. Ia bersangkutan dengan tragedi Baling dengan harapan anda
akan menerbitkannya dan menyibarkannya seluas mungkin. Disebabkan masalah keselamatan
saya lebih selesa kekal tanpa nama.
BALING, ialah sebuah daerah di Kedah yang terletak
di utara Malaysia. Daerah ini pernah mengalami pelbagai pengalaman tragedi yang
dicetuskan oleh Parti Komunis Malaya yang diharamkan itu, walaupun ia menerima sokongan
kerajaan Cina yang berpusat di Peking. Apakah satu keanihan, tragedi yang terjadi
pada 19hb November, 1985 di Baling itu berlaku ketika Perdana Menteri Malaysia, Dr.
Mahathir Mohammad sedang melakukan satu kunjungan rasmi di China?
Tragedi ini telah mengorbankan empat belas nyawa
orang Islam yang mati syahid kerana mereka lebih rela memilih jalan syahadah
daripada jalan sekularisme. Orang yang lebih memilih jalan kebenaran daripada akur
kepada kekerasan telah turun terkorban nyawanya. Beliaulah al Syahid Ibrahim
Mahmud. Latar belakang Al-syahid Ibrahim Mahmud Ibrahim berumur 43 tahun ketika
itu dan amat dihormati oleh masyarakat di Kampung Memali, yang termasuk dalam Mukim
Siong, Baling. Beliau memang merupakan seorang yang banyak pengalaman dan berpendidikan
Islam yang cukup tinggi. Beliau lulus daripada Universiti Al Azhar dan kemudiannya
melanjutkan pelajarannya lagi di India dan Libya. Sebaik pulang ke tanah air, Al Syahid
Ibrahim telah berkhidmat sebagai pegawai pendakwa di Bahagian Agama di Jabatan
Perdana Menteri.
Ketika itulah beliau kerap memberikan ceramah
agama Islam di Telivisyen Malaysia. Ibrahim merasa terganggu dengan sistem pemerintahan
negara, lantas berhenti kerja untuk memulakan kelas agama di kampungnya di Memali.
Ini diikuti oleh pembukaan sebuah sekolah agama di kampung itu untuk memberikan
khidmat yang lebih luas kepada masyarakat Islam. Kerana kesedaran akan adanya
konspirasi yang dicetuskan oleh golongan neo-kolonis terhadap ajaran Islam yang benar,
Ibrahim Mahmud mengambil langkah untuk menganggotai PAS. Ibrahim telah menyumbangkan
khidmatnya kepada parti politik itu dan memperkenalkan pendekatan universal yang
memberikan ruang yang luas kepada parti yang berfahaman sempit menjadi satu pergerakan
Islam yang mampu menyatupadukan masyarakat Islam yang sanggup hidup dan mati
kerana Islam. Ibrahim telah menyemarakkan semangat jihad dan kepentingan kepimpinan golongan
ulama sebagai pra syarat kepada kecemerlangan Islam, kebebasan dan perpaduan. Dia
amat yakin bahawa Islam akan menjadi lebih bermakna dalam sebuah negara Republik
Islam.
Pada 1978, Ibrahim telah bertanding atas tiket PAS
di kawasan Bayu-Baling. Beliau berjaya meraih 5,081 undi berbanding 6,169 undi yang
diraih oleh calon Barisan Nasional. Pada pemilu 1982, Ibrahim tewas kepada calon
BN dengan hanya 100 undi. Ibrahim merupakan seorang ayah yang penyayang dan menghormati
golongan wanita. Hidupnya sungguh bersahaja. Memang jelas, beliau adalah lambang seorang
insan yang bersih kehidupannya di kalangan satu masyarakat tani yang termiskin di
Malaysia.
Ibrahim pernah ditawarkan beberapa jawatan penting
dalam sebuah parti politik yang bukan Islam seandainya dia sanggup mengenepikan
golongan miskin dan melata. Menepati nawaitu hidupnya, beliau telah menolak semua itu
yang dianggapnya sebagai syurga dunia kerana dia lebih senang merapati golongan yang
mendekati Allah. Kerana itu dia kerap didatangi ancaman hidup beberapa kali yang mahu
memerangkapnya dan membunuhnya. Semua itu dipinggirkannya sahaja sebagai sesuatu yang
tidak penting. Selepas pemilu 1982, satu arahan untuk menahan Ibrahim di bawah akta ISA
yang menjijikkan itu telah dikeluarkan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negara. Kesannya
telah mengejutkan pihak yang berkuasa. Ribuan penyokong Ibrahim telah menjadikan surat
arahan penangkapan itu sebagai secebis kertas yang tidak bermakna apa-apa. Rancangan
untuk menangkapnya telah berakhir dengan kematainnya yang diiktiraf sebagai mati syahid
bersama 13 orang sahabat dan pengikutnya. Mereka telah mati di gtangan
segerombolan penembak upahan yang tergolong ke dalam golongan yang suka
berpoya-poya.
Allahuahbar, Allahuakbar, Allahuakbar.
Berikut adalah catatan terperinci mengenai
perkembangan di Kampung Memali, Mukim Siong, Baling yang berkesudahan dengan
terkorbannya 13 nyawa bersama Al Syahid Ibrahim Mahmud. Catatan yang dipaparkan di sini
merupakan rakaman komputer daripada Signals Division pasukan PDRM yang mengikuti
perjalanan tragedi Baling itu untuk maklumat perdana menteri. Di sini dicatitkan
juga fakta mereka yang tercedera dan mereka yang berjaya melepaskan diri daripada
kepungan pihak polis.
TOP SECRET 001:
Pada
jam 1935 Hrs. (18/11/85) berpusat di Kem Pasukan Polis Hutan Sungai Petani, Kedah;
3600 anggota polis daripada pelbagai bahagian termasuk FRU (Penang), Pasukan Senoi Prak,
Anggota Polis beruniform, Commando 69, sudah bersiap siaga untuk menerima arahan.
Kunpulan ini diletakkan di bawah arahan seorang pegawai tinggi Ibu pejabat di Bukit Aman
dan dibantu oleh beberapa pegawai daripada Bukit Aman, Kedah, Perlis, dan Penang.
002: Tepat Jam 1945
(18/11/85) pegawai tinggi yang memerintah daripada Bukit Aman telah mengeluarkan
arahan bahawa kumpulan yang bersiap-siaga itu akan menyerang hendap satu kem komunis
dalam daerah Baling yang berdekatan dengan sempadan Thailand.
003: Pada Jam 2005
(18/11/85) berlaku satu keributan di bilik operasi Sungai Petani di antara Pegawai
Berkuasa pasukan Polis Hutan Sungai Petani dengan Pegawai Tinggi daripada
Bukit Aman. Kekalutan ini berasaskan arahan palsu yang telah dikeluarkan. Arahan
menyerang dan membunuh penghuni 'kem komunis' itu seberanya disasarkan ke arah Ibrahim
Mahmood, pengikutnya dan sesiapa juga yang hadir di Madrasah yang dibina oleh orang
kampung di situ. Pegawai yang mengetuai pasukan Polis Hutan itu telah memberi penerangan
kepada Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman betapa Ibrahim Mahmud dianggap oleh para
pegawai pasukannya sebagai seorang ulama yang berwibawa. Malahan ramai di kalangan
mereka adalah penuntutnya. Dilema yang tercetus ini mencetuskan satu suasana yang hening
dan sunyi-sepi.
004: Pegawai Tinggi daripada Bukit
Aman telah mencuba menghubungi Penolong Pesuruhjaya Polis di Bukit Aman, tetapi
gagal. Kemudian dia be0rjaya menghubungi Musa Hitam yang ketika itu
menjadi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Hutan Sungai
Petani telah diberikan laluan untuk bercakap dengan Musa Hitam. Beliau telah
merayu kepada Musa Hitam dan membuat penjelasan betapa Ibrahim Mahmud adalah seorang
ulamak yang disegani dan telah banyak berjasa dalam usaha menaikan taraf hidup
masyarakat Memali. Malahan, Ibrahim Memali sudah terkenal dan dihormati oleh para
sahabat dan lawan. Tetapi, akhirnya diketahui juga Musa Hitam telah memberikan arahan
agar serangan itu diteruskan. Nota Khas: Kebanyakan anggota polis yang
terbabit dalam operasi ini adalah mereka yang bukan beragama Islam. Operasi Khas ini
telah diberi-nama "Operasi Hapus" oleh Musa Hitam.
005: Jam 2045 (18/11/85) sebuah majlis
keraian telah diadakan di sebuah padang terbuka di Kem Polis Hutan di Sungai
Petani. Di sana minuman bir dan minunam keras (arak0 telah disediakan kepada
semua unit. Namun, ada juga segelintir anggota Pasukan Polis Hutan itu yang tidak
minum.
006: Jam 2147 (18/11/85) pegawai
pemerintah operasi telah menerima mesej melalui wairles. Mesej yang dierima mengatakan
betapa 10 orang komando polis hutan telah berjaya masuk kawasan Memali dan telah pulang
dengan laporan penuh. Laporan itu adalah mengenai pergerakan masyarakat yang menghuni
Madrasah tajaan Ibrahim Mahmud, yang sudah pun disahkan sebagai sasaran serangan polis
itu.
007: Jam 21.47(18/11/85)
semua unit telah bergerak di bawah pimpinan lapan (0 pegawai muda. Mereka bergerak
memasuki Baling dengan menggunakan dua kereta perisai. Pegawai pemerintah Unit
Sungai Petani tidak menunjukkan minatnya ketika itu. Di waktu yang sama, Ibrahim Mahmud
sedang memberikan kuliah kepada 50 orang penuntut yang hadir. Kuliah itu berlanjutan
sehingga jam 23.45. Setelah selesai ada juga penuntutnya yang pulang ke rumah
mereka sedangkan yang lainnya tidur bermalam di Madrasah itu.
008: Pada Jam 24.00 (18/11/85) Pegawai
pemerintah daripada Bukit Aman telah menerima arahan terakhir mengenai 'Operasi
Hapus' itu. Ketika itu berlaku sedikit kekesalan di kalangan pasukan daripada Sungai
Petani. Mereka mahukan operasi itu dilakukan dengan mengadakan sekatan dan
kepungan untuk mendesak Ibrahim Mahmud menyerah diri. Ketika itu ditaksirkan, tindakan
mengepung itu mungkin membawa kesan hanya selepas tiga bulan. Cadangan unit Sungai
Petani itu telah disanggah oleh Pegawai pemerintah daripada Bukit Aman. Beliau telah
disokong oleh pegawai lain yang datang daripada Bukit Aman, dan juga OCPD Baling. Mereka
berpendapat bahawa strategi yang melecehkan itu mungkin membabitkan pergeseran di antara
pihak polis dengan anggota tentera yang berkhemah di sempadan Malaysia/Thai di Sik dan
Baling. Kecurigaan mereka ini muncul kerana 90% anggota tentera yang disebutkan
itu memang menyokong pergerakan Islam dan juga Ibrahim Mahmud.
Keadaan kelam kabut muncul lagi. Sekali lagi Musa
Hitam di hubungi. Pada kali itu, pegawai yang berkuasa diberitahu bahawa Musa Hitam
tidak dapat di hubungi kerana beliau telah pergi ke sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Di waktu yang sama Timbalan Menteri hal Ehwal Dalam Negeri, Radzi Ahmad sedang mengikuti
perkembangan dengan berada di Ibupejabat Polis Penang. Beliau sedang mengikuti
perkembangan 'Operasi Hapus' itu. Tidak berapa lama kemudiannya Musa hitam telah
menghubungi pihak polis dengan suara yagn seolah marah dan rasa terganggu. Musa tidak
banyak bercakap cuma mengeluarkan perintah untuk melakukan operasi penghapusan walaupun
ia bermakna secara menyeluruhi Negeri Kedah.
Catatan di Kampung Memali: Seorang pemandu
motorsikal dilihat berhenti di hadapan pintu-gerbang rumah yang dihuni oleh Ibrahim
Mahmud. Seorang muda dilihat berlari ke arah pintu rumah itu meminta kebenaran untuk
masuk. Dia telah memberitahu penghuni rumah itu betapa dia ternampak satu kumpulan polis
yang ramai di Baling setibanya di pekan itu. Ibrahim Mahmud telah dikejutkan dari
tidurnya. Begitu juga halnya dengan 39 orang lain yang telah berjaga malam di Madrasah
itu sebelumnya. Mereka dikerah bersiap sedia untuk mempertahankan diri. Mereka mula
mengumpulkan segala alat yang ada di rumah kampung seperti kapak, pisau, buluh runcing
dan sebagainya. Yang lebih berani telah membuat bom molotov pula. Dengan lain perkataan,
setiap insan di situ ada alat senjata yang boleh dipergunakannya.
Dalam kumpulan yang bertahan itu ada empat
kanak-kanak dan lima kaum wanita. Ibrahim telah mengajak para pengikutnya untuk berwuduk
daripada sebuah telaga yang berhampiran. Mereka telah melaksanakan solat
sunat dan juga solat hajat. Mereka membaca Surah yassin dan berzikir. Ibrfaham Mahmud
kemudiannya memberi ucapan betapa beliau lebih rela bersyahadah daripada menyerahkan
dirinya untuk dijadikan alat merka yang mahu menaikkan semangat nasionalisme. Ibrahim
telah meminta sesiapa yang curiga dengan hasratnya itu meninggalakan kumpulan mereka.
Tidak ada sesiapa yagn mahu berganjak daripada tempat duduknya. Laungan Allahuakbar
mula bergema, bertalu-talu dan memecah keheningan Kampung Memali. Yang hadir lebih
memilih jalan 'syahid' daripada terus hidup mengabdikan diri ke jalan yang hina. Di
waktu yang sama di Stesen Polis Daerah baling, segala persiapan untuk menyerang kampung Memali
semakin dipercepatkan. Semua itu dilakukan oleh kebanyakan anggota polis yang telah
mabuk ataupun tidak keruan fikirannya.
009: Jam 0100 (19/11/85) 3,600 (Tiga
Ribu Enam Ratus) anggota polis bersama pegawainya telah tiba di Kampung Memali.
Mereka lengkap bersenjata automatik dan tiba dengan kereta perisai. Mereka mula
mengepung kampung itu. Ketika itu Musa Hitam tentu sekali masih lagi berada di hotel
kerana dia tidak dapat dihubungi. Semua urusan komunikasi dilakukan pula dengan
timbalannya yang bertahan di Ibupejabat Polis di Penang. Kebanyakan anggota polis yang
tiba di Kampung Memali itu masih lagi beranggapan merka akan menyerang sebuah kem
komunis. Itulah maklumat yang diberitahu kepada mereka oleh Pegawai Tinggi daripada
Bukit Aman. Di waktu yang sama kumpulan daripada Sungai petani hanya kecil sahaja dan
masih samar akan tugas mereka.
010: Jam 0300 (19/11/85) Kampong Memali
telah dikepung seluruhnya oleh pihak polis. Polis yang beruniform ditugaskan membuat
sekatan jalan raya. Pasukan Polis Hutan telah diarahkan ke bahagian Selatan. Pasukan FRU
(Polis Gerak Khas: kaki-pukul) diarahkan ke bahagian utara. Pasukan Komando 69 (Polis
Hutan0 telah dikerahkan di bahagian belakang rumah Ibrahim Mahmud yang juga merupakan
sekolah agamanya.
011: Jam 0336
(19/11/85) Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman yang memerintah Operasi Hapus itu
telah bercakap menggunakan pembesar suara. Dia mahukan Ibrahim Mahmud menyerah diri. Ibrahim
Mahmud berbincang dengan penghuni rumahnya itu. Mereka membuat pendirian untuk tidak
menyerah diri walaupun pasukan yang datang itu berpakaian seragam melambangkan wakil
negara. Mereka bertakbir dan laungan Allahuakbar mula berkumandang semula.
012: Jam 0400 pagi (19/11/85) satu kumpulan
manusia yang berjumlah 30 orang termasuk wanita dan kanak-kanak tiba-tiba muncul daripada
bahagian utara . Mereka berlari di tengah-tengah benteng pasukan Polis Hutan dan juga
Komando 69 dan membawa senjata tajam yang sering mereka gunakan ketiak bertanam padi.
Mereka cuba memasuki rumah Ibrahim Mahmud untuk memberikan sokongan. Anggota pasukan
Komando 69, yang masih lagi mabuk dan kurang berdisiplin itu telah menembak ke arah
penduduk kampung yang sedang berlari itu. Tetapi, mereka tersalah sasar, maklumlah
kerana masih mabuk lagi. Namun tindakan mereka itu membuatkan orang kampung berpatah
balik kerana ketakutan. Tindakan melulu Pasukan komando itu telah mengena seorang
pegawai kanan Pasukan Polis Hutan. Seorang pegawai rendah dan juga seorang
konstabel pun turut terkorban. Tembakan ke arah orang kampung yang tidak berdosa oleh
satu pasukan yang khayal telah tersesat kepada badan pasukan kawan sendiri.
Satu perundingan telah diatur untuk menenangkan
keadaan. Operasi mengepung masih lagi berkuatkuasa. Tetapi, beberapa pegawai daripada
Alor Star telah meminta agar pengepungan itu dibatalkan sahaja. Mereka telah mengambil
iktibar daripada kematian tiga orang sendiri disebabkan tindakan yang songsang.
Permintaan mereka telah ditolak oleh pegawai pemerintah.
BABAK DUA
013: Jam 0521 (19/11/85) Azan subuh berkumandang
di rumah Ibrahim Mahmud. Suara yang sungguh sayu itu menjentik sentimen anggota
polis daripada Alor Star. Mereka semakin mencurigai matlamat operasi polis itu. Ibrahim
Mahmud mengimamkan solat pagi itu dan suaranya semakin jelas ketika itu. Di waktu itu
Pegawai pemerintah Operasi telah mengeluarkan arahan agar pasukannya mula menyerang.
Beliau telah ditentang oleh pegawai yang beragama Islam.
014; Jam 0559 (19/11/85) Solat
Subuh pun selesai dan pengepungan diketatkan lagi. Tiba tiba, satu kumpulan orang
kampung muncul untuk memasuki perkarangan rumah Ibrahim Mahmud. Mereka terpaksa
menentang pasukan Polis Hutan. Mereka menyerbu ke rumah Ibrahim bersenjatakan senjata
kampung dan sambil menggenggam tangan merka melaungkan Allahuakbar. Melihatkan
perbuatan orang kampung itu pegawai pasukan Polis Hutan mengarahkan pasukannya untuk
berundur dan tidak menentang mereka. Mereka hanya diarahkan bertahan sambil
bersiap sedia sahaja. Masa terus berlalu, operasi untuk menghapuskan Ibrahim Mahmud itu
semakin menyerlahkan kejijikannya. Keadaan hari yang semakin siang telah
menyerlahkan betapa operasi itu bertujuan melindungi rahsia kejijikan
perancangannya. Kini, unsur kerahsiaan itu telah terdedah sama sekali.
Nota Khas: Sebelum operasi itu dilancarkan ramai
pemimpin beragama Islam telah ditangkap. Kita boleh menyoal diri kita apakah keheningan
malam telah mampu menggelapkan kejijikan operasi semacam itu ?
015: Jam 08.15 (19/11/85) setelah
mendapat kelulusan timbalan menteri hal ehwal dalam negeri pegawai pemerintah operasi
telah memberi arahan agar dua kereta perisai mula menyerang rumah Ibrahim Mahmud.
Mereka telah dihalang oleh bajingan bom molotov. Ini membuatkan pasukan polis itu
berundur sambil terus memuntahkan peluru senjata automatik ke arah rumah yang dikepung
itu. Di waktu yang sama empat orang wanita dan tiga orang kanak-kanak berlari keluar
rumah itu. Mereke diarahkan oleh Ibrahim agar melarikan diri. Mereka
telah dikepung dan ditangkap oleh pihak polis dan dihumbankan ke dalam trak polis yang
diawasi oleh anjing penjaga. Ketika itu juga serangan diteruskan. Tembakan pihak polis
disambut dengan laungan Allahuakbar sahaja secara berterusan.
016: Jam 11.05 (19/11/86) Komando 69 diarahkan
menyerang rumah Ibrahim.
017: Jam 1136 (19/11/85) pasukan Komando 69 telah
menyerbu masuk dengan senjata yang dipetik. Berlaku beberapa pergelutan di mana Ibrahim
dan orang-orang yang masih bertenaga terus melawan. Ada juga ahli rumah yang keluar
untuk berlawan dengan anggota polis di kawasan halaman. Polis terus menembak mereka
walaupun mereka sudah tidak bersenjata lagi. Hanya Allahuakbar yakin mampu mereka
ucapkan sehinggalah nyawa hilang dalam perjuangan itu. Ramai yang mati sedangkan ada
juga bilangannya yang cedera teruk sahaja. Beberapa orang anggota komando telah
menyerang Ibrahiml Beliau telah melawat merka dan mampu membunuh salah seorang yang
menyerangnya. Tetapi beliau terkorban akhirnya setelah dada sebelah kanannya
dituju berpuluh kali. Ibrahim gugur dengan genggaman tangannya berkepal ke atas
sedangkan mulutnya masih lagi melaungkan Allahuakbar. Seorang pegawai polis berlari
meluru ke arahnya untuk mengepung kepala Ibrahim ke ribanya. Ibrahim kedengaran
bersuara: "Alhamdullilah, kerana mengorbankan kami ke jalan mati
syahid."
018: Jam 1213. Serangan pihak polis ditamatkan.
Mereka yang telah ditangkap telah disungkup dengan karung guni. Beberapa anggota Komando
69 telah dilihat menendang badan yang terbujur itu untuk menentukan mereka sudah mati.
Ada pula yang terus menembak mereka lagi sambil berkata; "Pergi jahanam
dengan Islam".
019: Jam 1305 (19/11/85)
Pegawai pemerintah operasi telah membuat laporan kepada Ibupejabat Polis Penang dan juga
kepada Musa Hitam di Kuala Lumpur. Musa Hitam mengarahkan agar semua orang kampung
ditangkap untuk menahan agar rahsia operasi itu tidak terdedah.
020: Jam 1500 (19/11/85) kerja-kerja
menangkap saki baki orang kampung dilakukan. Mereka diterbangkan dengan dua
helikopter polis. Mereka yang cedera dan mati dihantar ke hospital di Sungai Petani dan
Alor Star. 4 mati syahid di Sungai Petani dan 10 yang sudah mati dibawa ke
Alor Star, termasuklah Ibrahim Mahmud.
021: Jam 1510 (19/11/85) Sektiar 30 anggota
tentera lengkap dengan senjata automatik tiba di hadapan rumah Al syahid Ibrahim. Berlakulah
pertelagahan di antara pegawai petugas di kalangan pasukan polis yang mengwasi tempat
itu dengan ketua anggota tentera yang tiba di situ. Anggota polis yang ramai itu
diberikan arahan untuk bersiap sedia dengan senjata mereka. Menyedari betapa bilangan
mereka kecil dibandingkan dengan anggota polis yang bertugas di situ pihak tentera
pun meredakan keadaan. Ketuanya pernah berkata: Hari ini hari kau.....Kau boleh lakukan
apa yang kalian mahu. Tetapi ingat, akan timbul satu hari nanti, kami akan menentang
kamu dengan kekuatan yang setara. "
BABAK KETIGA
Setiap insan yang waras di kalangan marhaen di
negara ini tentu dapat membuat penilaian akan lapuran mengenai Al syahid Ibrahim Mahmud.
Beliau bukannya seorang penjenayah seperti yang digambarkan oleh Musa Hitam. Namun,
akhbar New Straits Times bertarikh 21/11/85 menerbitkan satu tajuk yang bertulis: Empat
anggota polis dan 14 penjenayah mati dalam pertempuran. Di akhbar yang sama Musa
Hitam telah menuduh Ibrahim Mahmud bersama 13 rakannya sebagai penjenayah dan penganut
ajaran sesat. Beliau telah menyanggah kenyataan yang dikeluarkan oleh majlis Agama Islam
Kedah yang berkata: "Ustaz Ibrahim hanya memberikan ceramah agama. Lagipun dalam
satu pertemuannya dengan pihak akhbar Musa Hitam telah mengulangkan cerita bagaimana dia
telah diseranah dua kali oleh persidangan UMNO kerana tidak bertindak tegas terhadap aktiviti
keagamaan seperti yang dilakukan oleh Ibrahim Mahmud itu. Kalau kita pertimbangkan
segala fakta yang terserlah, termasuk keputusan pemilu di mana BN hanya mampu menang
tipis, kita boleh membuat kesimpulan betapa 'Operasi Hapus' adalah satu tipu muslihat
untuk menghapuskan Ibrahim Mahmud bagi kepentingan politik UMNO. Mereka mahu menentukan
terhapusnya rintangan dalam menentukan kemenangan kerusi Bayu/Baling dalam pemilu yang
mendatang.
Dilemma UMNO
Di manakah prioriti UMNO selepas episod Memali?
Kalau UMNO memperakukan ianya sebuah parti Islam, episod Memali membawa erti bahawa
para pemimpinnya telah memperlekehkan Allah. Bukankah mereka yang telah merencana
pembunuhan di Memali itu sehingga tergolongnya beberapa insan sebagai mati syahid? Kalau
para pemimpin UMNO memperakui bahawa parti itu condong ke arah nasionalistik, ia bererti
bahawa para pemimpin itu sudah menderhaka kepada banganya kerana terbunuhnya orang
Melayu. Bukankah itu kaum yang mahu dilindungi oleh UMNO? Tindakan yang dilakukan
oleh segelintir pemimpin UMNO ini akan mencetuskan peperangan saudara di kalangan orang
Melayu. Cara nyawa diperlekehkan telah membuatkan ramai ahli UMNO yang kecewa
dengan kepimpinan Timbalan Presiden Parti, Musa Hitam. Beliau memang semacam giankan
kesamsengan dan kini menerima padahnya. Rakan sejawatnya dalam kerajaan Idonesia bernama
General Benny Murdani pernah berkelakuan serupa dan dibenci oleh rakyatnya. Kini Musa
menerima jolokan sebagai 'haiwan politik' dan juga 'penghapus orang Islam'. Murdani
adalah seorang agen Zionis, kerana dia bukan beragama Islam. Tetai kenapakah Musa Hitam
mengikuti gelagat Murdani?
Tindakan yang dilakukan oleh UMNO menunjukkan
parti itu bukan lagi memberi kepentingan terhadap keluhuran Islam dan juga orang
melayu. Ironisnya Islam dan Bangsa Melayu menjadi alat UMNO untuk terus mempertahankan
kuasanya. Kumpulan ultra Cina dan India sedang bersepakat secara senyap di kalangan
mereka. Mereka berjaya memperalatkan individu Melayu yang ternama sebagai juara tempelan
mereka. Untuk menyelesaikan keadaan yang semakin menjadi satu masalah besar ini, Dr.
Mahathir perlu menulis lagi mengenai dilemma UMNO. Kesan tragedi Memali telah membuatkan
Kampung Memali bertukar rupa daripada sebuah kampung yang aktif menjadi sebuah kampung
yang dihantui seribu kenangan pahit. Ramai penduduk asal kampung itu telah melarikan
diri kerana takutkan ancaman polis. Seramai 159 penduduk kampung pernah ditahan oleh
polis. Dosa mereka terletak kepada keyakinan diri mahukan ajaran Islam yang direstui
Allah. Mereka ini termasuk beberapa anak-anak kecil dan warga tua sedang ditahan
dalam tiga buah bilik kecil di sebuah kem tahanan. Kaum wanita dibiarkan berkumpul dengan
kaum lelaki. Tidak ada kemudahan bersolat. Mereka kerap didera dan diaibkan. Anak-anak
kecil dilihat menangis mencari ibu-ibu yang sengaja dipisahkan dari mereka. Setiap
tahanan diberikan makanan berupa satu mangkuk kanji setiap hari. Sesiapa yang cedera
parah dihantar ke hospital Sungai Petani ataupun Alor Star. Mereka hanya diberikan
layanan pesakit luar, satu penghinaan yang berlanjutan. Kalau keadaan tidak diperbaiki
ada di kalangan mereka yang akan mati syahid pula.
Tiga belas daripada yang mati syahid termasuk
Ibrahim Mahmud telah disemadikan di satu kubur panjang di Parit Panjang, Baling. Mereka
disemadikan dengan pakaian mereka yang berlumuran darah itu. Seorang mangsa lagi telah
disemadikan di Alor Star di atas permintaan ibunya. Kes ini kini dianggap sudah tamat
oleh Musa Hitam dan juga pengarah Operasi Hapus itu. Kumpulan ultra yang bukan beragama
Islam memang menantikan berlakunya peperangan saudara hasil episod Memali ini. Kini,
orang Melayu sudah sedar betapa berbahayanya semangat nasionalisme dan kuasa yang
didorong oleh semangat semacam itu. Kepada golongan yang mati syahid, episod yang
berlaku adalah merupakan kemuncak kehidupan mereka. Mereka sudah pulang kepada pencipta-Nya
dan di waktu yang sama mereka telah membawa satu arus kesedaran kepada orang melayu di
negara ini. Mereka telah menyedarkan betapa orang Melayu harus berganding bahu dengan
saudara Islam di seluruh dunia. Dengan cara itu barulah kita faham apa ertinya menjadi
seorang muslim.
Dengan arahan yang dibuat oleh Musa Hitam, ramai
orang yang tidak berdosa telah ditangkap dan ditahan. Mereka dikumpulkan di satu
tempat yang tidak selesa dan menjiikkan. Hingga hari ini jumlah merka yang ditahan dan
nama yang telah ditahan secara tersilaf tidak pun diterbitkan. Mereka yang ditahan itu
tidak pernah dibawa ke hadapan mahkamah untuk didakwa. Kenapakah kerajaan tidak melakukan
tindakan yang serupa seperti kes BMF? Apakah Episod Penghapusan Memali itu dilaksanakan
sebagai melencongkan perhatian rakyat terhadap rompakan di siang hari yang paling
terbesar dalam sejarah negara ini? Berbilion dana kepunyaan rakyat telah lesap dan
seorang insan yang jujur telah dibunuh.
Namun, pihak kerajaan masih mahu berahsia dalam
hal BMF itu dan perkara itu masih belum mampu diselesaikan. Sebaliknya pula, apabila
seorang ulama cuba memberikan khidmatnya kepada rakyat jelata, dan membantu mereka menaikan
taraf hidupnya, beliau telah dikepung dan ditahan untuk dibunuh dengan kejam. Di manakah
letaknya erti kehakiman, keadilan dan kebenaran itu? Mereka yang bertanggungjawab dalam
Episod Memali harus ditangkap dan dibawa ke mahkamah. Darah orang Melayu tidak
sepatutnya dibiarkan mengalir di atas bumi orang Melayu dengan alasan songsang betapa
Islam menyokong nasionalisme. PAS dan juga seluruh organisasi Islam telah mendesak agar
ditubuhkan satu suruhanjaya diraja untuk membongkar kisah Tragedi Memali
itu.
Satu Kertas Putih perlu dikeluarkan dan untuk
sementara waktu sebarang usaha untuk mengadakan pemilu harus ditangguhkan.
Kata-kata Kenangan Kepada Yang Syahid:
"Janganlah kamu mengira bahawa orang yang
gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki."
27 hb November, 1985
14 hb Rabi-ul-awal 1406.
Suara Islam Malaysia.
Diterjemahkan oleh: Sukusakat Wali Songo.