MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

DR. SEX JADI MOTIVATOR???

Assalamualaikum

Sdr sekian baru-baru ini ada seorang Dr. yang kununnya seorang motivator tapi perangainya sungguh ganjil. kata-katanya sungguh lucah seperti katanya "Sex Maniac" " have u ever sex with women?" u rape a women" dll
terhadap penonton dan dihadapan org ramai semasa HSE Product display/exhibition di sebuah syt minyak yg terkenal di Malaysia.

Nama Dr tersebut ialah Dr Sher KAwi Jaafar. Mungkin webmaster kenal orang ini. Masa tu pulak hari jumaat. semasa ia muncul keluar untuk persembahan dia terloncat-loncat macam monyet serta berteriak dan memangil semua penonton mengikut rentak beliau.. 

Semasa persembahan tersebut dia langsung tidak menghormati perasaan orang islam dengan kata-kata
lucahnya....menyanyi, mengajak orang ramai melakukan maksiat seperti berpegang tangan antara isteri orang dengan suami orang.... itu saja yang dapat saya ceritakan untuk sdr-sdr sekian.

Pemerhati bebas

Nota webmaster:
Waalaikum sallam.. mungkin tidak berapa perasan saya tentang doktor yang berkenaan. Any way .. memanglah dalam kerajaan Maha Boleh ini seseorang boleh bertukar rupa dengan sekelip mata. Ini mungkin bukan mainan silap mata (magic) tetapi satu kelebihan luar biasa.

Cuba saudara lihat seorang Ahli Parlimen (AP) atau ADUN yang tiada asas pegangan agama (mungkin ada setakat untuk diri pun tak lepas) bercakap mengalahkan seorang ulama dan mengeluarkan berbagai fatwa. Dalam kes lain mungkin kita melihat seorang yang kalah dalam pilihan raya tetapi boleh jadi menteri yang incaj agama dan beliau merepek macam-macam. Ini juga satu kelucahan yang jijik dan melampau.

Dan seterusnya saudara bolehlah memulakan dengan berfikir contoh-contoh yang lain. Umpamanya seorang pencuri 'terlepas' tetapi sipembuat laporan terpenjara 6 tahun ... Inilah sebuah kerajaan Maha Boleh yang sangat dibangga-banggakan oleh sipenciptanya. Tetapi percayalah bila anda meneliti semua tulisan di laman web pro reformasi anda akan dapati rakyat begitu loya dengan maha boleh dari Bolehland ini..

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com 

Jumlah pengunjung harian dikira mulai dan tamat setiap jam 4 petang waktu Malaysia